CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof Bangga Dapat Mesej Peribadi Dari Penonton Jerman Dan Israel

27-9-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1174| Komen: 5

Description: Syamsul Yusof, 38, mengakui dia kini antara insan seni dan pengarah paling gembira di dunia apabila dihujani pelbagai mesej peribadi daripada peminat filem luar yang memberi maklum balas positif terha ...
Syamsul Yusof, 38, mengakui dia kini antara insan seni dan pengarah paling gembira di dunia apabila dihujani pelbagai mesej peribadi daripada peminat filem luar yang memberi maklum balas positif terhadap filem terbaru garapannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.


Anak pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam itu berkata, maklum balas positif itu membuktikan filem Melayu mampu melangkah jauh untuk meraih perhatian dunia dan dia berbangga apabila Mat Kilau terus mendapat sambutan hebat apabila ditayangkan di platform penstriman, Netflix.


IG Syamsul Yusof

“Peminat dan penonton dari Jerman serta Israel, menghantar mesej di media sosial untuk memberi maklum balas mengenai Mat Kilau. Ia sekali gus menyuntik rasa bangga kerana filem Melayu berjaya meraih perhatian dunia.


“Terus-terang, selama ini, saya memang percaya filem kita mampu pergi jauh. Saya sudah lama menaruh keyakinan itu. Cuma,  sebagai pengkarya, kita perlu tahu apakah produk yang mahu diketengahkan untuk membawa nama Malaysia ke serata dunia.

“KIta juga kena tahu kandungan yang perlu dibawa, selain menyampaikan cerita atau mesej yang baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tidak hanya mencipta fenomena di negara sendiri, Mat Kilau turut menguatkan pengaruhnya sehingga ke 15 negara, termasuk Israel apabila ditayangkan di Netflix.

“Alhamdulillah, Mat Kilau  sohor kini dan menjadi antara 10 filem paling top di saluran Netflix. Ini amat luar biasa kerana Mat Kilau bukan filem berbahasa Inggeris.

“Sukar  untuk saya hadam apabila ia tersenarai sebagai antara lima filem top di serata dunia. Kejayaan ini adalah sejarah, bukan saja untuk diri, tetapi juga buat industri perfileman tempatan. Saya hanya mampu sujud syukur. Tahniah buat semua barisan pelakon yang saya amat hormati, mereka adalah sahabat saya,” katanya.



Syamsul bagaimanapun, tidak menafikan berdepan tekanan untuk mengekalkan momentum penghasilan karya yang lebih baik, terutama selepas Mat Kilau mencipta kejayaan luar biasa.

“Tekanan ketika menghasilkan sesebuah karya itu sudah biasa. Setiap kali bekerja, saya memang akan menghambakan dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada karya yang dibuat.

“Saya memang ‘take it personal’. Insya-Allah, saya akan cuba berikan yang lebih baik lagi selepas ini dalam karya seterusnya,” katanya.

Mula ditayangkan sejak 23 Jun lalu, filem itu memecah rekod kutipan tertinggi filem tempatan serta mengalahkan kutipan filem antarabangsa pernah ditayangkan di negara ini dengan jumlah kutipan menghampiri RM100 juta. Mat Kilau turut tersenarai dalam lima filem trending di Israel menerusi laman FlixPatrol.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antidote 27-9-2022 10:27 AM
Org kaya2 mmg suka isap curut eh. Aku tnya sbb x tau
Quote KBW2 27-9-2022 01:37 PM
Ko paham ke apa yang derang tulis tuh Sol, entah-entah depa gelakkan?
Quote casper2022 27-9-2022 01:42 PM
sol..sol..sol.... syabas my son..
Quote Rogue98 27-9-2022 02:39 PM
Bila kes Ira kazar tu....patutnye harini kan..
Quote finn 27-9-2022 02:48 PM
tahniah sol..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.045856 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top