CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Tenang-Tenang Di Makkah, Roslan Shah Minta Maaf Dan Memaafkan Jamal Abdillah

27-9-2022 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1254| Komen: 7

Description: Enggan memanjangkan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini, pengacara Roslan Shah berlapang dada memohon maaf dan memaafkan penyanyi Datuk Jamal Abdillah.
Enggan memanjangkan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini, pengacara Roslan Shah berlapang dada memohon maaf dan memaafkan penyanyi Datuk Jamal Abdillah.


Roslan yang bakal berangkat ke tanah suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah pada Selasa berharap jiwanya akan lebih tenang dan boleh memberi fokus kepada urusan ibadah di sana.

Foto: IG

"Saya tidak mahu panjangkan cerita ini. Saya mohon maaf kepada Datuk Jamal atas apa yang telah berlaku sebelum ini. Diharapkan segala kekeliruan dapat diselesaikan.

"Orang juga asyik bertanya tentang hal ini, jadi saya tidak mahu jiwa tak tenang apabila berada di Makkah nanti.


"Eloklah kita saling bermaafan. Apa yang berlaku jadi pengajaran untuk saya menjadi lebih baik selepas ini," katanya kepada mStar.




Roslan bagaimanapun belum menghubungi Jamal secara peribadi bagi menyampaikan hasrat permohonan maafnya itu.

Dia berharap akan dapat berjumpa penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu setelah kembali dari mengerjakan umrah nanti dan dapat berbual dengan lebih tenang.

"Beberapa hari ini saya sibuk menguruskan beberapa urusan. Jadi belum sempat untuk menghubungi atau berjumpa secara bersemuka dengan Jamal.

"Saya harap apabila pulang nanti, kami dapat duduk bersembang dengan lebih tenang dan baik," ujarnya.



Perselisihan faham antara Roslan dan Jamal bermula apabila penyanyi itu dikatakan membatalkan kehadirannya di saat akhir dalam sebuah acara yang berlansung di Singapura baru-baru ini.

Roslan yang bertindak sebagai orang bertanggungjawab mengurusakna penampilan artis mendakwa dirinya terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM33,000 ekoran ketidakhadiran Jamal.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh Jamal yang memberitahu tidak pernah memberi sebarang persetujuan untuk hadir ke Singapura.



Sementara itu Roslan yang pertama kali mengerjakan ibadah umrah ini berharap dapat memanfaatkan masa sebaik mungkin di sana bagi memohon segala doa yang dihajati.

"Semestinya saya mahu mohon doa supaya diampun segala dosa. Inilah peluang terbaik untuk saya betul-betul fokus kepada ibadah dan menginsafi diri.

"Saya juga akan doakan kesejahteraan dan dimurahkan rezeki buat semua orang yang mengenali," jelasnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 27-9-2022 11:15 AM
apo nak maafkan datuk jamal? kau yang kena mintak maaf kat tok jamal. hahaha..
Quote casper2022 27-9-2022 01:40 PM
siapa yang salah....ak pon tak tahu....hu...hu...
Quote ezacbee 27-9-2022 01:44 PM
Saya mohon maaf kepada Datuk Jamal atas apa yang telah berlaku sebelum ini.


Cian tok jamal xpasal2 kena..  
Quote MadameOnion 27-9-2022 03:39 PM
wahhh gitu pondan tua sangkak ni..ko buat salah..pastu ko maafkan org tu dari mekah ye.. auto nampak suci..
Quote Buritan 27-9-2022 03:41 PM
casper2022 replied at 27-9-2022 01:40 PM
siapa yang salah....ak pon tak tahu....hu...hu...

Byk betul rezrki dia.. pi mekah mcm pi pkn ipoh jee.. dengki aku
Quote lasagna 27-9-2022 03:45 PM
baru trserempak dgn dgn Abg Lan ni lalu sebelah iols kat parking luar area ampang point. iols saje lalu parking tu short cut nk ke hspt. ampang puteri, dgn jubah bgai dia ptg tu, dah jauh br trtoleh dia. itu pun kwn yg ckp.
Quote casper2022 27-9-2022 06:55 PM
Buritan replied at 27-9-2022 03:41 PM
Byk betul rezrki dia.. pi mekah mcm pi pkn ipoh jee.. dengki aku

rezeki dia.... rezeki kita lain pulak... berlapang dada sj... mn tau suatu hari nnti kita pon di panggil ke sana... bykkan doa..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.046740 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top