CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pakai Crop Blazzer Era 80-An, Seluar Carrot Cut- Hetty Koes Endang Kutuk Baju Merah Tomok Buruk

27-9-2022 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4255| Komen: 32

Description: Kemunculan Tomok di pentas minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) dalam persalinan serba merah berinspirasikan crop blazzer era 80-an dengan seluar carrot cut mencuri tumpuan ramai termasuk salah ...
Kemunculan Tomok di pentas minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) dalam persalinan serba merah berinspirasikan crop blazzer era 80-an dengan seluar carrot cut mencuri tumpuan ramai termasuk salah seorang juri tetap, Hetty Koes Endang.


Hetty ketika mengulas mengenai persembahan Tomok memberitahu pakaian yang digayakan tidak sesuai dengan lagu disampaikan iaitu Janji Padamu nyanyian asal kumpulan Exists.

Tidak berasa sedih dengan komen diberikan penyanyi terkenal Indonesia itu, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 38, berkata, busana rekaan Hatta Dolmat itu adalah ideanya dan gembira dengan hasil seperti digambarkan.

Foto: mStar Online

"Memang look ini yang Tomok minta pada Hatta Dolmat. Saya tak pernah pakai macam ini, jadi saya nak cuba.

"Masing-masing ada pendapat tersendiri, saya terima apa yang Bunda (Hetty) cakap. Mungkin ada betulnya. Perkara positif atau negatif kita terima dan Insya Allah akan diperbaiki lagi," katanya kepada mStar.

Tomok berkata demikian ketika ditemui selepas pertandingan minggu kedua GV9 selesai yang diadakan di Auditoriam Majlis Bandaranya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.


Dalam pada itu, Tomok yang dilabel sebagai 'fighter' memberitahu dia suka berada di atas pentas menghiburkan peminat dan sentiasa cuba memberikan sebaik mungkin ketika persembahan termasuk pemilihan pakaian.

Kata Tomok, gelaran juara tidak bermain di dalam fikirannya tetapi apa lebih penting dia tidak mahu menghampakan peminat yang sentiasa menyokongnya.

"Memang atau kalah, saya akan lawan... Jadi apabila naik ke pentas, saya akan berikan yang terbaik," ujarnya.

Sementara itu, Tomok mengakui sedikit tertekan apabila berada di kedudukan pertama pada pertandingan minggu kedua ini kerana sedar jangkaan peminat terhadapnya lebih tinggi.


Bagaimanapun kata bekas anggota kumpulan New Boyz ini, perkara itu turut menjadikannya lebih bersemangat untuk berjuang dalam pertandingan tersebut.

"Mestilah tertekan, saya pun tak sangka dapat nombor satu. Tapi Alhamdulillah ia semangat untuk saya menjadi lebih baik minggu depan," katanya.



Diberi tugasan lagu Hukum Karma nyanyian asal kumpulan Wings minggu depan, Tomok gementar kerana tidak pernah menyanyikan lagu tersebut sebelum ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fry 27-9-2022 10:50 AM
bondaaa punnn.....pesennya gimanaaa yaa...tudung awning tingkap
Quote lolita737 27-9-2022 10:52 AM
suka tengok keluarga dia..anak2 dia kelakar dan comel2..

bagus wife dia didik anak2..nampak bijak belaka..
Quote ainonymous 27-9-2022 11:06 AM
aku suka tgk wife dia..chill je tak menggelupur pun dapat laki retis

aku rasa ok je baju tu..match dgn lagu yg dia bawak...bunda tu awning tudung betulkan dulu yachh
Quote Piramida 27-9-2022 11:11 AM
Memang buruk.
Teringat zaman AF siapa ntah yg fashion advisor nya. Kena kritik sbb pakai kan bebudak AF yg buruk2 tak sesuai Hahaha.
Quote hanihan16 27-9-2022 11:17 AM
memang tak sesuai pun baju tu i think too old fashion. tapi memang ada ke bunda kutuk buruk? i macam noticed dia just cakap baju tu tak sesuai, lebih sesuai dgn suit, gitu la more pr less
Quote Prickford 27-9-2022 11:19 AM
fry replied at 27-9-2022 02:50 AM
bondaaa punnn.....pesennya gimanaaa yaa...tudung awning tingkap

Geram tengok tudung sheolls. Rasa nak tendang je tudung tu
Quote dejure 27-9-2022 11:30 AM
Tinggal kan pakai skirt mcm baju pramugari air asia.
Quote EJALTI 27-9-2022 11:33 AM
Tapi, memang buruk pun baju tuh...
Quote Nnasda53 27-9-2022 11:37 AM
Mungkin sbb warna baju tu merah nmpk tak match.
Design ok je pada iols.
Quote dudaberhias 27-9-2022 11:40 AM
sejujurnya memang baju tomok hodoh sangat malam tu... heshe dah la kurus keding lagi nampak tak kena... harap2 take note dan pakaikan baju yang sesuai dengan tomok... jangan la ko pegi pedajal tomok lagi minggu depan...
Quote dudaberhias 27-9-2022 11:42 AM
Prickford replied at 27-9-2022 11:19 AM
Geram tengok tudung sheolls. Rasa nak tendang je tudung tu

tak silap kaka tudung beliau tu untuk lindungi muka dan solekan heshe dari kena tempias hujan... agitttuhhh... persis garaj kereta kan...
Quote Prickford 27-9-2022 11:45 AM
dudaberhias replied at 27-9-2022 03:42 AM
tak silap kaka tudung beliau tu untuk lindungi muka dan solekan heshe dari kena tempias hujan... a ...

Kalau takut kena ujan atau tempias, tak payah keluar la bunda oii

Quote babelina 27-9-2022 11:55 AM
klau warna lain mgkn ok kot.. tu merah sgt la  mak ngah kaedah nya..
tp aku terus nangis.. touching dgr lagu tu.. best sgt..
Quote dolladolla 27-9-2022 12:27 PM
Mmg hodoh pun baju tu dah macam org sakit bila ditengok dekat tv. Serupa pondan Hong Seok Cheon pun ya jgk tggl pakai spek je lg..
Quote Cokoro 27-9-2022 12:28 PM
baju tu kalau lagu happy n rancak seswai la kut
Quote azimodin 27-9-2022 12:54 PM
Baju camtu sesuai untuk lagu2 m daud kilau & ramlah ram
Quote mesmerize 27-9-2022 01:03 PM
sebenarnya fesyen baju dia dah ok.. cuma fabrik n warna tak sesuai.. nampak feminin sikit... cuba pakai fabrik yang tak berkilat, warna gelap2 sikit.. letop gak ni..
Quote tikusmontok 27-9-2022 01:07 PM
Baju tu sesuai kalau bawak lagu ndon 'yang penting happy' ....kan bunda
Quote kakasotong2 27-9-2022 01:10 PM
Memang buruqqqq pun baju Tomok malam konsert baru ni. Macam baju Aladdin

Nasib baik ada bukhetty menyuarakan apa yg iols rasa. Kitaaaa serupaaa feel bukhetty

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.070243 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top