CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zamani Harap Dapat Berdiri Tegak Semula Lepas Pembedahan November Nanti

21-9-2022 11:39 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1267| Komen: 4|Original author: Tatod

Sumber IG


Menghidap penyakit skoliosis yang menyebabkan tulang belakangnya membengkok, vokalis kumpulan Slam, Zamani berharap dia dapat berdiri tegak semula selepas menjalani pembedahan bagi menyembuhkan masalah dihidapinya.

Menerusi laporan Gempak, Zamani, 51 memaklumkan pembedahan tersebut dijangka akan berlangsung pada November ini bagi memperbetulkan urat tunjangnya.


"Alhamdulillah, buat masa sekarang kesihatan saya dalam keadaan baik cuma masalah utam saya sekarang adalah urat tunjang.

"Pembedahan ini pun dilakukan untuk nak memperbetulkan urat tunjang itu. Saya harap lepas pembedahan nanti saya boleh berdiri tegak semula," kata Zamani yang menjadi tetamu jemputan MeleTOP.

Dalam pada itu, Zamani juga bakal membuat persembahan di Konsert Doa Buat Zamani pada 30 September ini bertempat di Zepp Kuala Lumpur.


Konsert berkenaan diadakan bagi membantu Zamani mendapatkan dana selepas pembedahan untuk dirinya menjalani kehiduapn sehari-harian selepas itu.

"Saya akan menjalani pembedahan selepas konsert dan pembedahan akan berlangsung pada hujung tahun nanti," katanya lagi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reen8601 21-9-2022 02:13 PM
Moga dipermudahkan segala urusan Zamani
Quote KirazMevsimi 21-9-2022 03:31 PM
moga ALLAH sembuhkan, pulih dengan baik. amin
Quote misspokoyo 21-9-2022 07:57 PM
concert dia yg bakal berlangsung ni laku tak
Quote lazim 21-9-2022 07:59 PM
Ngilu tgk bengkok tu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.285219 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top