Sumber IG
Menghidap penyakit skoliosis yang menyebabkan tulang belakangnya membengkok, vokalis kumpulan Slam, Zamani berharap dia dapat berdiri tegak semula selepas menjalani pembedahan bagi menyembuhkan masalah dihidapinya.
Menerusi laporan Gempak, Zamani, 51 memaklumkan pembedahan tersebut dijangka akan berlangsung pada November ini bagi memperbetulkan urat tunjangnya.
"Alhamdulillah, buat masa sekarang kesihatan saya dalam keadaan baik cuma masalah utam saya sekarang adalah urat tunjang.
"embedahan ini pun dilakukan untuk nak memperbetulkan urat tunjang itu. Saya harap lepas pembedahan nanti saya boleh berdiri tegak semula," kata Zamani yang menjadi tetamu jemputan MeleTOP.
Dalam pada itu, Zamani juga bakal membuat persembahan di Konsert Doa Buat Zamani pada 30 September ini bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert berkenaan diadakan bagi membantu Zamani mendapatkan dana selepas pembedahan untuk dirinya menjalani kehiduapn sehari-harian selepas itu.
"Saya akan menjalani pembedahan selepas konsert dan pembedahan akan berlangsung pada hujung tahun nanti," katanya lagi. - CARI
|