Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya, yang mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes bekas isterinya Emilia Hanafi.
SM Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lalu dengan menamakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, sebagai defendan. Berdasarkan pernyataan tuntutan, SM Faisal mendakwa pada 27 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memerintahkan Emilia menjalani hukuman penjara selama tujuh hari, selepas didapati gagal mematuhi perintah pengkomitan mahkamah. Dakwa plaintif, insiden tersebut diuar-uarkan dan dimanipulasi oleh Emilia atau pihak tertentu dengan berniat jahat (mala fide), melalui media massa atau elektronik secara meluas tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif atau Mahkamah Syariah, berhubung kedudukan sebenar kes membabitkan plaintif dan bekas isterinya di Mahkamah Syariah. SM Faisal mendakwa sehari selepas itu (28 Jun), defendan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video dan hantaran memfitnah, di Instagram defendan.
|
dudaberhias replied at 20-9-2022 04:51 PM
adan ukerrr kena saman walaupun dedua kaka tak minat...
trauma terus bila dengar nama heshe ni... ...
aammyy replied at 20-9-2022 06:27 PM
Awat la topi nasik ni sibuk hal orang?
makcun14 replied at 20-9-2022 05:18 PM
Anak orka lawan anak orka . Cash is king. Berantam la sampai ajm pun duit tak habis makan
beta_carotene replied at 20-9-2022 06:27 PM
mcm lazat jugak..
ADVERTISEMENT