CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lima Tahun Aishah Tuntut, Akhirnya Kes Hadiah Tanah Lot GV4 Selesai

20-9-2022 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8778| Komen: 80

Datuk Aishah meluahkan rasa syukur apabila kes berkaitan tuntutan sebidang tanah lot banglo yang dimenangi ketika menyertai program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017 akhirnya selesai.


Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, memberitahu dia kini sudah boleh menarik nafas lega selepas lima tahun membuat tuntutan hadiah tersebut.

Foto: IG

"Alhamdulillah semua sudah selesai. Saya bukan suka nak kecoh-kecoh begini, tetapi ia harus diselesaikan. Sekarang saya boleh duduk dengan tenang.

"Terima kasih kepada pihak peguam kerana sudi mengambil kes ini. Betul-betul cukup lima tahun baru ada penyelesaian!" katanya kepada mStar.





Terdahulu, Aishah memuat naik video ucapan wakil peguam dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates yang menjelaskan pihak penaja bersetuju membuat bayaran kepada Aishah.

Peguamnya iaitu Mohammad Izwan Azmi memberitahu pihak penaja hadiah berkenaan tampil dengan satu dokumen tawaran penyelesaian dan dipersetujui oleh Aishah sendiri.



"Tahniah kepada Datuk Aishah kes ini selesai. Terdapat proposal settlement dari pihak penaja dan Aishah sendiri telah bersetuju.

"Ada bayaran yang perlu dibuat dan beberapa tindakan perlu dilakukan oleh pihak penaja," jelasnya.



Pada GV4 itu, Aishah dinobatkan sebagai juara manakala tempat kedua dan ketiga adalah penyanyi Liza Hanim dan Lan Solo.

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.




Bagaimanapun timbul isu apabila penaja tidak memenuhi apa yang dijanjikan sebaliknya mahu memberi sebidang tanah yang saiznya lebih kecil berbanding lot banglo tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 20-9-2022 05:38 PM
Edited by dua_chzy at 20-9-2022 09:56 AM

Kira Gegar Vaganja ni kaki scam pro la sebenarnya ya. Bertahun2 kena berjuang nak tuntut hadiah. Apa la. Seb baik kak Ecah ko ni rajin. Kalau jadik macam retis lain yang rela diperlembukan tu, putih mata ja tak dapat apa2.

Astro memang lahanat ya. Ntah2 hadiah sama budak2 AF pun ada yang meka belum bagi. Banyak nau kontroversi pasal hadiah dan bayaran sama artis mereka sedari dulu.
Quote kucingitam 20-9-2022 05:51 PM
tanah tu dari pihak sponsor kot... tapi tgk gambar kak ecah bertudung ijo tu dah mcm ibuk hetty pulak..
Quote naina 20-9-2022 05:57 PM
Alhamdulillah
Dapat juga sebidang tanah dihari tua
Btw nak tau jugak tanah tu ktne
Quote jalfa 20-9-2022 05:59 PM
Penaja ponn..patut masu nek ecah bising counter offer la tanah memana or bayar duit..ni kena naik court habis duit masa tenaga dulu baru nak offer.padan muka penaja bodoh
Quote ezacbee 20-9-2022 06:03 PM
Sebidang tanah lot banglo utk juara ke? Patutlah yg lain senyap. Berbaloi la tunggu.
Quote dudaberhias 20-9-2022 06:03 PM
adan ukerrr penaja tu... gigih nak taja itu ini tapi sengkek... soo cash lah... nak nama sangat kan... haaa dapat lah kau nama yang di naikkan acik ecah nama sebagai penipu macam si bidah
Quote noell 20-9-2022 06:05 PM
so loyer dh menang aisyah kena buat full payment khidmat guaman dia so bole la dia plak potong usus?? besaq sgt dh tuh
Quote silampumeja 20-9-2022 06:09 PM
noell replied at 20-9-2022 10:05 AM
so loyer dh menang aisyah kena buat full payment khidmat guaman dia so bole la dia plak potong usus? ...

Eh dia dah buat lama dh la... Lepas gv fah buat dah .... Skrg memang dah kecik....awat hg jauh nau tertinggal ketapi niii
Quote KBW2 20-9-2022 06:19 PM
Propesyenelnya penaja sampai lima tahun, penaja kononnnn LOL
Quote pocongkiutss 20-9-2022 06:22 PM
Sapa penaja tu ? Adakah org yg sama , yg offer rumah RM10 tu
Quote noell 20-9-2022 06:26 PM
silampumeja replied at 20-9-2022 06:09 PM
Eh dia dah buat lama dh la... Lepas gv fah buat dah .... Skrg memang dah kecik....awat hg jauh nau ...

mmg ecah dh lama buat tp loyer dia??
Quote LadyCarefree 20-9-2022 06:31 PM
naina replied at 20-9-2022 04:57 PM
Alhamdulillah
Dapat juga sebidang tanah dihari tua
Btw nak tau jugak tanah tu ktne

Dapat duit. No tanah.
Quote rosedemon 20-9-2022 06:43 PM
sukorrrrrrrrrrrrrrrrr. tp tetap xdpt tanah khuen.
Quote scrocth 20-9-2022 06:54 PM
Yg tanah ni mmg termaktub dlm promosi hadiah utk pemenang gv4 ms tu. Td aishah bgtau dlm video yang rupanya sponsor datuk seri amir pearl tu diisytihar muflis since 2008 jd agak complicated sikit. Aishah inform jgk astro xlepas tgn n mmg dh cuba bantu semampu mungkin so in a way aishah xsalahkan astro lah. So congrats utk kak ecah utk kes mahkamah ni.
Quote nadie90 20-9-2022 07:10 PM
Tahniah Datuk Aishah....berani ambil tindakan dari pasrah dengan sponsor/scammer...ASTRO, saluran TV berbayar bukan free.....dah makin sengkek?....asal boleh terima penaja, yg penting program nyanyian terus ada dan juga TERUS KAUT UNTUNG....padanlah sbb dah ramai terminate ASTRO
Quote Pujangga22 20-9-2022 07:17 PM
boleh plk astro terima penaja muflis yer...nasib kak ecah ni jenis tak putus asa menuntut...dah hak knnnn....so kali ni kalau hadiah GV ratus ribu jgn wow...tkut smua replika
Quote she 20-9-2022 07:19 PM
Penajanya Tobida kan
Quote Belibis 20-9-2022 07:21 PM
dua_chzy:  Edited by dua_chzy at 20-9-20 ...

Penganjur mancing lagi profesional..1st prize 100k..cash jee dalam peti kaca kat atas pentas..takde nak scam2 pemancing.
Quote fadz84 20-9-2022 07:30 PM
Naib juara, Liza Hanim berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo tajaan Bina Megan Empire, dan pakej percutian ke Turki sumbangan selamatbercuti.com.
Liza Hanim menerima barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer membeli-belah bernilai RM5,000 sumbangan Go Shop serta trofi.

LH x tuntut ke gantirugi tanah & brg kemas tiruan tokbidah tu?

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057186 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top