CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Duta Skim Perumahan Khas, Noraniza Idris Enggan Ulas Lanjut

21-9-2022 07:19 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5808| Komen: 54|Original author: Tatod

Sumber IG


Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu etnik kreatif, Noraniza Idris tampil menepis dakwaan pihak yang mengatakan dirinya duta kepada sebuah skim perumahan khas untuk selebriti yang disyaki mempunyai unsur penipuan.

Noraniza yang dihubungi Getaran menjelaskan, dia hanyalah Duta Pelancongan Seni dan Budaya dan bukannya duta kepada skim Rumahku Syurgaku seperti yang dinyatakan.

Katanya, secara kebetulan, majlis pengumumannya sebagai duta pelancongan serta skim tersebut dijalankan pada waktu yang sama anjuran sebuah syarikat pemaju.



"Niat asal mereka hanya nak bantu artis dengan RM10 tanpa melibatkan hal-hal kewangan yang lain. Apapun, saya selalu berpesan agar berhati-hati. Itu memang pesanan awal saya. Kalau tak ada rezeki, anggaplah kita sedekah macam beli jajan sahaja. Kita kena tengok prosedur selanjutnya. Tanpa paksaan.

"Setakat ini, saya sudah panjangkan isu ini kepada peguam. Saya tidak mahu terlibat apa-apa berkaitan isu ini. Jika ada pihak nak panjangkan isu ini, teruslah berurusan dengan syarikat pemaju itu. Ia tiada kaitan dengan urusan peribadi saya. 

"Jangan kaitkan saya atau mana-mana artis dengan isu ini," katanya kepada Getaran.


Penyanyi itu enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut sebaliknya menyatakan sebuah kenyataan rasmi bakal dikeluarkan melalui peguam lantikan.

Terdahulu, sekumpulan aktivis yang diketuai usahawan Mona Din dan peguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat membuat pendedahan bahawa skim Rumahku Syurgaku yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat pemaju untuk penggiat seni Malaysia mempunyai unsur penipuan. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 21-9-2022 07:30 AM
ni yang rumah RM10ribu sebijik tu? choice! Iols renovate compound rumah pun dah dekat RM6ribu.. sah-sah la scam nak jual rumah RM10ribu sebijik.
Quote nurul_akmar 21-9-2022 07:35 AM
kan dah kata. hujung2 buat disclaimer sy xde kaitan. sila berhubung dgn peguam. pastu siap redha kalau xde rezeki, anggap beli jajan..

yg dh kena tipu melayang berpuluh2 ribu
Quote Harley_Quinn 21-9-2022 08:26 AM
Senang nk lepas tgn, sblm ade kaitan dgn company ni, x check dlu abes2 ke?
Acik ni x kan x nmpk bnda ni tipu?
Quote MelahJanda 21-9-2022 08:43 AM
jangan nak melebong nek ani oii...muka ko je dalam video dalam perjalanan ke kuching bagai nak promo skim rumahku syurgaku ni kan? berterima kasih kat mrf segala dato ayahanda kekanda ko sebut dlm video tu. oi, aku dalam group telegram tu la...aku tengok k
Quote kakigebang 21-9-2022 08:44 AM
nurul_akmar: kan dah kata. hujung2 buat dis ...
bukan dia maksudkan yg rm10 tu ke sedekah jajan ?
Quote prince_marhaen 21-9-2022 09:00 AM
RM10 PUN DUITTT JUGAK LAH NEK ANI! Senang je nak lepaskan diri... dah takut kena label scammer terus serah pada peguam ye... Duta Seni Budaya Pelancongan apooooooo dari awal sampai habis kau sibukkkk kan hal jual rumah tu? Hujung-hujung Tokti jugak yang nyanyi lagu Cuti-cuti Malaysia & bawa seni budaya Malaysia ke luar negara... semoga konsert kau HAUSSSSSSSS!
Quote Buritan 21-9-2022 09:07 AM
MelahJanda replied at 21-9-2022 08:43 AM
jangan nak melebong nek ani oii...muka ko je dalam video dalam perjalanan ke kuching bagai nak promo ...

Dia ingat dan harap takde laa org ke manusia dlm telegram tuu..hohoho.. ujung ujunh ade laa plk
Quote Buritan 21-9-2022 09:08 AM
nurul_akmar replied at 21-9-2022 07:35 AM
kan dah kata. hujung2 buat disclaimer sy xde kaitan. sila berhubung dgn peguam. pastu siap redha kal ...

Rm10 tuu pun duit hokkay.. bengong
Quote JunkMail 21-9-2022 09:09 AM
Amboi RM10 anggap sedekah beli jajan... Pala hotak kau berjambul. Ni namanya sokong scammer .. bodoh. Abis kalau sejuta orang bagi RM10 pastu redho sedekah hoye hoye lah scammer dapat duit berjuta. Bangsat benar retis enabler scammer macam ni. Bodoh bodoh bodoh..
Quote bulalof 21-9-2022 09:12 AM
kasihan. makin tua makin tak cerdik jadinya....

hidup nak senang cepat tanpa usaha cari yg halal.
Quote laksmanabentan 21-9-2022 09:13 AM
MelahJanda replied at 21-9-2022 08:43 AM
jangan nak melebong nek ani oii...muka ko je dalam video dalam perjalanan ke kuching bagai nak promo ...

maklum lah kannn da nenek2... mudah lupa...hahahaha...
Quote harkktuih 21-9-2022 09:16 AM
Tu pasal ummah senang kena scam.. Bila kena tipu ke ape, just anggap takpe lah, xde rezeki..
Quote ashilalat 21-9-2022 09:20 AM
Habis la nek ani, dah kena cop retis scam kat dahi

By the way kenapa syarikat pemaju nak kena ada duta pelancongan budaya bagai? Dah sah² la ko duta syarikat tu, cuma nama je sedap sikit dia bagi
Quote Janetnasuha 21-9-2022 09:31 AM
Nek ani baik u g promote tiket yang takda org nak beli lagi ni depan Aeon ke, Lotus ke, Pavi ke, Mydin ke. Jual la RM10. Hahaha. Tp nek bagi free, tak hingin lah
Quote cikatilia 21-9-2022 09:33 AM
kalau rm10 jajan nek ani bayar la duit2 artis lain
nek ani kan kayaaa
Quote makton 21-9-2022 09:36 AM
prince_marhaen replied at 21-9-2022 09:00 AM
RM10 PUN DUITTT JUGAK LAH NEK ANI! Senang je nak lepaskan diri... dah takut kena label scammer terus ...

laku ke tiket nek ani tu?
Quote azalia72 21-9-2022 09:51 AM
Bersilat kak ani nak tepis.  Sama la mcm Undang Luak Johol, mcm mana la boleh terlibat.  Tg kat fb mmg ada rombongan artis ni termasuk kak ani (ofcoz) datang ke johol nismilan utk promote program rumah ni
Quote NEmma 21-9-2022 10:15 AM
Dia yg promote, siap anjurkan majlis..Hujung2 kata tak ada kaitan.
Quote babelina 21-9-2022 10:32 AM
aikk alih2 xde kna mgena.. hbs menempek dlm gmbr tu apa.. sj singgah2 ambik gmbr..??!!!

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.076377 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top