Konsert Gegar Vaganza yang memasuki musim ke sembilan telah membuka tirainya semalam ternyata sedikit berlainan daripada lapan musim sebelum ini.
Bukan daripada pesertanya sahaja yang dipilih daripada penyanyi-penyanyi hebat antaranya Tomok, Roy Kapilla serta Jaclin Victor, malah pemilihan pengacaranya juga menjadi perhatian ramai. Sebelum ini, gandingan Nabil Ahmad dan Jihan Muse telah meletakkan konsert tersebut berada pada tempatnya sekarang, namun kali ini sedikit berbeza apabila Jihan yang sedang berpantang selepas melahirkan anak digantikan dengan telatah Elly Mazlien.
Jika episod terdahulu, kepetahan Nabil serta gerak gerinya sering ‘dipantau’ oleh Jihan, namun kali ini Nabil pula terpaksa mengambil tugas itu apabila Elly atau Kak Lina dilihat terlalu aktif. Ramai pengguna media sosial menyifatkan gandingan pengacara kali ini ibarat buku bertemu ruas. “Puas hati aku tengok GV kali ni, biasa kita akan rasa geram sahaja dengan tindak tanduk Nabil. Kali ini dia pula kena jaga Kak Lina Pom Pom. “Banyak minggu lagi Nabil kena jaga Kak Lina, merasalah awak Nabil selama ini Jihan ada,” ujar Zura Fezura. “Aktif sangat Kak Lina semalam, macam nak over shadow Nabil, nak caras kerja Jihan. Apa- apa pun guna peluang yang ada sebaik mungkin. “GV ini program lain daripada yang lain, memang terhibur tapi janganlah ada dua juara pula nanti,” kata Fara Nadia. Sumber: KOSMO! ONLINE |
buragazz replied at 20-9-2022 01:25 PM
Aku dalam GV ni punchline paling aku tak leh lupa si Capang boleh sambut komen juri tak ingat sapa.. ...
buragazz replied at 20-9-2022 01:25 PM
Aku dalam GV ni punchline paling aku tak leh lupa si Capang boleh sambut komen juri tak ingat sapa.. ...
ADVERTISEMENT