CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Menangis, Kemurungan Tengok Video Remaja Biadab Persenda Anak Autisme

20-9-2022 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2489| Komen: 27

Zarina Zainuddin kecewa dan terkilan dengan seorang remaja yang melakukan aksi seolah-olah mempersendakan anak autisme di media sosial.

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak autisme, pelakon itu mendakwa tindakan remaja berkenaan memberi kesan terhadapnya sehingga kemurungan selepas menonton video tersebut.


IG Zarina/TikTok

"Saya dapat video tersebut apabila ada seseorang yang mengirimnya kepada saya dan kemudian saya lihat akaun remaja tersebut di TikTok. Saya rasa amat sedih sekali.

"Selepas menonton video itu saya jadi murung. Air mata saya tak berhenti. Malah ketika sedang bersiap untuk kerja pun saya masih menangis," katanya kepada mStar.



IG Zarina

Suara Zarina ketika dihubungi pada Isnin turut kedengaran teresak-esak meluahkan rasa sedih dengan tindakan keterlaluan remaja lelaki itu.

Sebelum itu, menerusi laman Instagram Zarina memuat naik video remaja melakukan aksi di luar kawalan seorang anak autisme sama seperti yang sering terjadi kepada anaknya iaitu Azil.



Dalam pada itu, aktres ini turut menjelaskan tindakannya membawa Azil ke sesebuah acara kerana tiada orang yang boleh menjaga di rumah.



Azil dan kembarnya, Azal yang kini berusia 26 tahun merupakan penghidap autism.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 20-9-2022 10:23 AM
Klau x ada org nk jagakan, xpayah la pegi event tu. Org pon paham kot ko kena jaga ank.
Quote kucingitam 20-9-2022 10:27 AM
nangis pun gigih nak ambil gambar..
Quote Itzy 20-9-2022 12:20 PM
elok la budak2 yg berlakon cacat tu jadi cacat biar mereka tahu perasaan budak2 autism tu. Nak sangat berlakon cacat.
Quote Dolmat 20-9-2022 12:23 PM
Edited by Dolmat at 20-9-2022 12:25 PM

The moral of story jangan terlalu kerap sangat criter hal dalaman rumahtangga..
Ni kejap2 jual criter anak.. kesiennnn kan lah nama baik anak tu...

Cer buat macam si dektu.. tunjuk kopeng telinga anak ke.. betis anak ke.. tutup muka DENGAN bantal ke...pun kena mengataaaaaa jugak sebab gatal sangat nak menunjuk..
Aaaah ni kan pulak anak istimewa..
Quote Dolmat 20-9-2022 12:27 PM
Btw.. tu nak tunjuk tengah murung sedih atau nak tunjuk cincin bertingkat...?
Quote dudaberhias 20-9-2022 12:32 PM
Iols lagi sedih tengok gambar heshe dedulu. Berserabai penuh macam landak laut.
Quote cik_penguin 20-9-2022 01:07 PM
Mana videonye
Quote melinda_kerr 20-9-2022 01:08 PM
anony-mous replied at 20-9-2022 10:23 AM
Klau x ada org nk jagakan, xpayah la pegi event tu. Org pon paham kot ko kena jaga ank.

i pun setuju dgn pendapat chuols...takut jugak nanti anak tu mengganggu majlis org ke..bukannya org tk faham anak tu oku cuma tempat tu tk sesuai.
Quote cek_yah 20-9-2022 02:29 PM
Aku kurang suka, sebab dia menampakkan autism ni ganas..autism ni broad, xsemua budak autism ganas..ye bagus dah dia nk bg kesedaran.. tapi tulah, mcm xseduai
Quote surih07 20-9-2022 02:34 PM
Edited by surih07 at 20-9-2022 02:36 PM
Dolmat replied at 20-9-2022 12:23 PM
The moral of story jangan terlalu kerap sangat criter hal dalaman rumahtangga..
Ni kejap2 jual crit ...

Setuju!
Niat dia maybe baik nak educate/share jaga anak autism dgn org tp sometimes oversharing pun x leh juga sampai dia sendiri nangis pun rekod hmm sedikit cringe
Quote adeqbun 20-9-2022 02:38 PM
Cara ni kurg2 kan medsos tunjuk aksi anak...stay low for a while
Quote surih07 20-9-2022 02:38 PM
anony-mous replied at 20-9-2022 10:23 AM
Klau x ada org nk jagakan, xpayah la pegi event tu. Org pon paham kot ko kena jaga ank.

Kan takut terganggu majlis je lagi2 tgk yg abg ke adik ni dia mcm kalau tantrum tak leh control.
Quote bukannasigoreng 20-9-2022 02:40 PM
Kesedaran yang cuba Zarina fahamkan kita ni bagus dan tidak mengasingkan atau membezakan anak-anak beliau ni sangat bagus sebenarnya untuk kita semua lebih faham.

Bila hal ni terjadi nampaklah orang tak faham dan mampu sampai ke level mengejek.
Quote ..maksu 20-9-2022 02:47 PM
skrg zaman socmed.... tak perlu pun nak rasa triggered dengan sesiapa. anyone in this planet ada hak untuk upload apa saja yang kita tak boleh nak control. berhentilah jadi manusia yang bersifat remote control.... kita tahu budak tu ejek anak kita doa jelah dengan Allah.
Quote KamikuP 20-9-2022 03:32 PM
Gigih ya sheollss rakam menagis hiba
Quote LadyCarefree 20-9-2022 04:22 PM
anony-mous replied at 20-9-2022 09:23 AM
Klau x ada org nk jagakan, xpayah la pegi event tu. Org pon paham kot ko kena jaga ank.

Kaya raya tp xnk keluar belanja penjagaan profesional anaknya.
Quote newyork 20-9-2022 04:24 PM
Budak2 zaman skrg mmg kurang adab..tp tu la ain tu ainn.
Quote epullipan 20-9-2022 05:03 PM
die pon  nak orang paham jaga anak istimewa ni bukan senang..bukan buli tapi harus bantu
Quote anony-mous 20-9-2022 06:03 PM
LadyCarefree replied at 20-9-2022 04:22 PM
Kaya raya tp xnk keluar belanja penjagaan profesional anaknya.

Nnti dia ckp xjumpa org yg betul2 boleh jaga ank dia / x serupa mcm dia jaga / ank xnk dgn org lain. Knowing dia ni mmg byk alasan

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.245011 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top