CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Lagu Nasyid Adalah Lagu Yang Dinyanyikan Oleh Penggiat Nasyid Itu Sendiri," - Azadan Rabbani

12-9-2022 03:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1775| Komen: 4|Original author: Tatod

Sumber Harian Metro


"Lagu nasyid adalah lagu yang dinyanyikan oleh penggiat nasyid itu sendiri," coret anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz mengulas kemenangan lagu Thank You Allah nyanyian Datin Alyah dengan penampilan Cat Farish dan Ustaz Haris dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Seni Muzik Ke-23 (AIM23) yang berlangsung malam tadi (Ahad).

Azadan menerusi Facebook turut membuka ruang perbincangan mengenai gelaran penyanyi nasyid yang sesuai dipegang oleh penggiat nasyid itu sendiri dan menyarankan agar ditambah satu lagi kategori baharu dalam anugerah muzik berkenaan.


"Lagu yang berunsur nasihat dan ketuhanan yang dinyanyikan oleh penyanyi bukan penggiat nasyid dikategorikan sebagai lagi 'religi' (keagamaan). Jadi, perlu tambah satu lagi kategori untuk acara di masa akan datang," tulisnya.


Tambahanya lagi, isu itu sudah sebenarnya sudah lama dibahaskan namun belum dibawa ke arah perbincangan yang lebih serius.

"Lama dah isu ini diperbualkan di peringkat 'bawah tikar'. Siapa setuju, boleh komen. Ini sekadar perkongsian generasi nasyid akan datang. Kalau perlukan khidmat nasihat orang nasyid, Insya-Allah, saya sedia memberi kerjasama," tulisnya lagi.-CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 12-9-2022 04:24 PM
apo beza lagu nasyid dengan lagu religi selain dari penyanyi? dedua ada unsur puji-pujian, nasihat & keagamaan kan?
Quote apikwaeh 12-9-2022 04:48 PM
Rasanya heols tak bersetuju bila penyanyi yg tak bawa imej nasyid tapi menang dlm kategori nasyid mcm tinyah mlm AIM23
Lagu berunsur ketuhanan tinyah more memuji pujian kpd Allah swt. Tapi nasyid ni more berdakwah selari dgn imej penyanyi nasyid. Titikberatkan akhlak, lifstyle, zikir seharian, mengingatkan utk mentaati Allah dan ibadah.

Itu pendapat iols.. Mungkin itu yg azadan maksudkan
Quote bondeh 13-9-2022 02:05 AM
Setuju dengan beliau. Tinyah kategori nasyid? Apooo?????? Mungkin beliau nak cakap juga imej / penampilan pemenang kategori nasyid tak sejajar dengan nasyid. Tinyah more to pop religi kot. Bagi meolls lah...
Quote hayrin86 13-9-2022 09:21 AM
Themilo replied at 12-9-2022 04:24 PM
apo beza lagu nasyid dengan lagu religi selain dari penyanyi? dedua ada unsur puji-pujian, nasihat & ...

Dua-dua tiada bezanya, ada elemen ilmiah kerohanian..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.067844 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top