Sumber Harian Metro
"Lagu nasyid adalah lagu yang dinyanyikan oleh penggiat nasyid itu sendiri," coret anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz mengulas kemenangan lagu Thank You Allah nyanyian Datin Alyah dengan penampilan Cat Farish dan Ustaz Haris dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Seni Muzik Ke-23 (AIM23) yang berlangsung malam tadi (Ahad).
Azadan menerusi Facebook turut membuka ruang perbincangan mengenai gelaran penyanyi nasyid yang sesuai dipegang oleh penggiat nasyid itu sendiri dan menyarankan agar ditambah satu lagi kategori baharu dalam anugerah muzik berkenaan.
"Lagu yang berunsur nasihat dan ketuhanan yang dinyanyikan oleh penyanyi bukan penggiat nasyid dikategorikan sebagai lagi 'religi' (keagamaan). Jadi, perlu tambah satu lagi kategori untuk acara di masa akan datang," tulisnya.
Tambahanya lagi, isu itu sudah sebenarnya sudah lama dibahaskan namun belum dibawa ke arah perbincangan yang lebih serius.
"Lama dah isu ini diperbualkan di peringkat 'bawah tikar'. Siapa setuju, boleh komen. Ini sekadar perkongsian generasi nasyid akan datang. Kalau perlukan khidmat nasihat orang nasyid, Insya-Allah, saya sedia memberi kerjasama," tulisnya lagi.-CARI
|