Oleh Fyruz Hanna
Kewujudan aplikasi Whatsapp sudah menjadi antara aplikasi terpenting dan diterima semua sebagai medium perhubungan. Sebut sahaja mengenai whatsapp akan membuatkan kita pening memikirkannya. Bagi yang popular, semua group kawan-kawan akan 'invite', sehingga bateri telefon habis dibuatnya. Senaraikan sahaja group yang kamu ada, pastinya ada group:
-Untuk Ex rakan kerja -Group kerja -Group Buddies -Group housemate -Group 'kita-kita aje' -Group Family -Group Ipar duai -Group Whatsapp sekolah -Group Bekas sekolah Memang tak dinafikan, whatsapp group ini kadang-kadang membuatkan kita senyum sepanjang hari. Ada sahaja gambar-gambar lawak untuk dijadikan bahan ketawa. Namun, tak kurang juga ia medium terpantas dalam menyebarkan sebarang berita (walaupun belum tentu kebenaran berita tersebut). Semudah copy dan paste ke group lain. Dengan penambahbaikkan dalam teknologi ini, kita dapat nikmati last seen, blue ticks, siapa yang menaip (who's typing) dan sebagainya untuk menjadikan kita lebih peka kepada persekitaran whatsapp. Namun terfikir kah anda?... Kewujudan whatsapp group untuk keluarga adakah menjadikan kita lebih erat? Saya ambil satu kisah yang berlaku pada seseorang yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan kewujudan group khas untuk keluarga yang juga disertai oleh keluarga besar... Dalam group tersebut ada: -Ayah, Mak, Adik, Kak Long, Kak Chik, Pak Teh, Pak Lang, -Ipar duai, anak saudara, menantu -Cucu, cucu sedara dan anak buah. Sekali dengar, pastinya kita merasai keakraban keluarga ini dengan segala kaum turunan habis di'invite'nya. Namun dalam kemanisan ini, ada juga kisah tak sedap berkumandang. Oleh kerana whatsapp mengehadkan jumlah orang dalam 100 orang ini menjadikan ianya suatu masalah. Jadi apa masalahnya? Masalah kerana lebih 10 orang didalam group sahaja sudah pening, ini pula jika satu group tersebut lebih 50 orang. Dengan berbeza latar belakang, ditambah dengan perbezaan pemikiran, masing-masing berlumba-lumba menjadikan tempat tersebut sebagai tapak meninggi diri. Ada yang suka cerita mengenai anak, kejayaan anak. Ada yang suka kongsi kisah percutian mereka disana-sini. Ada pula menjadikan ia medium menyebarkan dakyah politik, mengutuk dan mengeji kerajaan. Jika sejam anda tidak membuka whatsapp, notifikasi mungkin boleh mencecah 2000 notis. Begitu aktifnya kumpulan terbabit. Bagi mereka yang baru menyertai keluarga seperti contoh menantu, ipar ataupun ibu tiri. Pastinya kehadiran mereka didalam group tersebut tak lebih seperti 'dayang-dayang' dan 'dalang-dalang' yang hanya patuh dan menjadi 'silent reader'. Keadaan pasti akan jadi lebih buruk jika perang dalam whatsapp berlaku hanya kerana bergeresan pendapat sebagai contoh hal pusaka. Bayangkan jika bertemu muka tidak pula se-gah bicara seperti dalam whatsapp. Sudahnya ada yang tarik muka, ada yang benci sehingga tekan butang 'mute' setahun. Ada pula yang tubuhkan group baharu untuk mengutuk kembali. Yang paling drastik, ada yang 'left' group. Sudahnya, adakah ini yang dinamakan pengerat hubungan? Pada penulis, selagi namanya keluarga, selagi kita mengamalkan tatacara Melayu yang kaya dengan budi bahasa, apa jua kemajuan tidak sesekali kita meninggalkan amalan dan amalan hormat-menghormati. Walaupun didalam group whatsapp, janganlah kita cepat melatah... hormat-menghomati antara satu sama lain. Jangan jadikan ia budaya yang memakan jati diri melayu... Semoga ikatan kekeluargaan lebih utuh dengan medium Whatsapp... *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
21
Bagus |
24
Marah |
31
Terkejut |
15
Sedih |
19
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
makton replied at 20-8-2015 11:45 AM
sama la grup clan aku.. jenis yg tetibe sepupu sepapat add aku dlm grup besar gini.. tok nenek makci ...
STONER replied at 20-8-2015 12:02 PM
abg pun nyampah banyak gerup.. kadang2 datang pening, selalu salah send gambar maria ozawa tengah ma ...
missDollie replied at 20-8-2015 11:53 AM
eh wartawan cari..sendu la ko ni..topik ni forumer dah buka thread pun kat FD nun..
http://mforum ...
mayaBB replied at 20-8-2015 03:52 AM
faham sangat perasaan tu... tak de care ke nak buat eh...
nanti kalau da kawin... kelarga belah ...
STONER replied at 20-8-2015 12:02 PM
abg pun nyampah banyak gerup.. kadang2 datang pening, selalu salah send gambar maria ozawa tengah ma ...
STONER replied at 20-8-2015 12:02 PM
abg pun nyampah banyak gerup.. kadang2 datang pening, selalu salah send gambar maria ozawa tengah ma ...
wanitajelita replied at 20-8-2015 12:33 PM
aku LEFT whatsapp group family since mak aku hencap aku bila bgtahu aku ada boifren non Muslim. puny ...
ADVERTISEMENT