Oleh Izzah Abbasy
Jarang kita dengar personaliti seorang wanita boleh dilihat melalui dahi. Dahi pun mempunyai kerahsiaan tersendiri. Tiba-tiba tangan automatik pegang dahi kan? Dahi leper ke jendol ya? Jom, sama-sama kita lihat, apa yang rahsia sangat mengenai dahi ini. 1) Dahi Jendol Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini, mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. 2) Dahi sempit suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih! 3) Dahi lebar Dahi yang agak luas dan 'lapang'. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan.Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan. 4) Dahi bersegi Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman.Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan. 5) Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’ Si dahi seperti ini sangat suka berangan dan berimaginasi tinggi. Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul.Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’ bicara di hadapan mereka. 6) Dahi dengan juntaian anak rambut Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman–teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengetepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka. Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah, asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain! Agak-agak dahi anda yang mana satu? Berbentuk hatikah? Cermin dahi anda betul-betul selepas itu baru baca ya! - CARI Infonet
|
5
Bagus |
18
Marah |
10
Terkejut |
6
Sedih |
10
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
liesl replied at 19-8-2015 11:24 AM
amat tepat!
mattzzx replied at 19-8-2015 01:45 PM
u dalam ketegori yang mana?
liesl replied at 19-8-2015 01:55 PM
dahi sempit hikhikhik
mattzzx replied at 19-8-2015 01:58 PM
>>>Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!
Betul ke ??
liesl replied at 19-8-2015 02:06 PM
MAYBE...
ADVERTISEMENT