CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6080|Reply: 7

Rahsia Dahi Dan Personaliti Wanita

[Copy link]
Post time 17-8-2015 09:34 AM | Show all posts |Read mode


Dahi Jendol

Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi  jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena  gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke  belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu  tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu?  Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol  melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi.  Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang  dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana  tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat.


Selain  itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa  situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik  dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh  membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta,  sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia  sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa  yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat.  Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga  benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa  percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebab itulah mereka  perlukan dorongan!

Dahi sempit

Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga  membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka  sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka,  tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah  menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit,  tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini  tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang  berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya.  Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar

Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk  muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di  bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan  lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini  tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara  terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka  juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah  kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai  jaminan masa depan.

Dahi bersegi

Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang  dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab  itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di  sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai  teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman.  Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan  orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’

Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak  berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri.  Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih  ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka  juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang  mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka  menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu  untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan  rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’ bicara di hadapan mereka. Kalau  kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada  mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang  yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan  kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan  kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi  mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak  hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas  dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga  dipergunakan oleh orang lain!

pemaniskata




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 03:27 PM | Show all posts
kalau ada gambar lagi jelas penjelasan tersebut....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 11:24 AM | Show all posts
amat tepat!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 01:45 PM | Show all posts

u dalam ketegori yang mana?

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 01:55 PM | Show all posts
mattzzx replied at 19-8-2015 01:45 PM
u dalam ketegori yang mana?

dahi sempit hikhikhik
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 01:58 PM | Show all posts

>>>Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Betul ke ??

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2015 02:06 PM | Show all posts
mattzzx replied at 19-8-2015 01:58 PM
>>>Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Betul ke ??



MAYBE...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 02:10 PM | Show all posts

maknanya belum ada pasangan lagi lah.........??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.058589 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list