Menerusi laporan Eastern Eye, Nigeria menjadi negara pertama di dunia yang mengumumkan larangan sepenuhnya terhadap pengambilan model serta alih suara dalam aksen British untuk iklan televisyen.
Kerajaan Nigeria mengambil tindakan tersebut adalah sebagai salah satu usaha untuk mengembangkan bakat rakyat tempatan dan secara rasminya akan dilaksanakan bermula OKtober tahun hadapan.
Gambar hiasan.
"Semua iklan dan bahan komunikasi pemasaran hanya boleh menggunakan model dan artis alih suara Nigeria. Langkah itu selaras dengan dasar kerajaan untuk membangunkan bakat tempatan termasuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri pengiklanan tempatan," kata Majlis Kawal Selia Pengiklanan Nigeria (ARCON).
Nigeria sebelum ini sangat bergantung terhadap model asing dan pakar alih suara dalam iklannya termasuk model berkulit putih dan artis alih suara.
Gambar hiasan.
Kerajaan negara itu bagaimanapun sudah lama memerangi kecenderungan sedemikian. Mereka sebelum ini menuntut syarikat yang menggunakan bakat asing membayar tarif sebanyak 100,000 naira (RM1,044) untuk mana-mana model asing yang digunakan dalam iklan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Zaman 90an dulu pun Malaysia ada buat macam ni, model iklan semua tak boleh muka omputih @ kacukan. Tak salah zaman Arwah bapak Nur Jazlan jadi Menteri Penerangan..
BeskotCekelat: Zaman 90an dulu pun Malaysia ada buat macam ni, model iklan semua tak boleh muka omputih @ kacukan. Tak salah zaman Arwah bapak Nur Jazlan jadi Ment ...
Arwah Tok Mat ke cuolls?
Tapi Nigerian ni lawa eksotik mcm bekas juara Dewi remaja yg minum arak tu ekekeke sapa ke nama sheolls?
Malaysia pun patut buat jugak. And lg satu naikkan cukai company pemilikan org cina and india yang xnak amik pekerja Melayu utk jawatan tertinggi. Ak sakit hati bile dgr diorg ni suke discriminasi bab bg jwtn and pembayaran gaji kat org Melayu ni. Jawatan yg sama, intake yg sama, kerja yg sama tp bangsa dia boleh extra lebih dr melayu. Xcy korg tny la kengkwn korg.