Edited by Rockafella at 30-8-2022 12:26 PM
Sumber Eastern Eye
Menerusi laporan Eastern Eye, Nigeria menjadi negara pertama di dunia yang mengumumkan larangan sepenuhnya terhadap pengambilan model serta alih suara dalam aksen British untuk iklan televisyen.
Kerajaan Nigeria mengambil tindakan tersebut adalah sebagai salah satu usaha untuk mengembangkan bakat rakyat tempatan dan secara rasminya akan dilaksanakan bermula OKtober tahun hadapan.
Gambar hiasan.
"Semua iklan dan bahan komunikasi pemasaran hanya boleh menggunakan model dan artis alih suara Nigeria. Langkah itu selaras dengan dasar kerajaan untuk membangunkan bakat tempatan termasuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri pengiklanan tempatan," kata Majlis Kawal Selia Pengiklanan Nigeria (ARCON).
Nigeria sebelum ini sangat bergantung terhadap model asing dan pakar alih suara dalam iklannya termasuk model berkulit putih dan artis alih suara.
Gambar hiasan.
Kerajaan negara itu bagaimanapun sudah lama memerangi kecenderungan sedemikian. Mereka sebelum ini menuntut syarikat yang menggunakan bakat asing membayar tarif sebanyak 100,000 naira (RM1,044) untuk mana-mana model asing yang digunakan dalam iklan. -CARI
|