Pengaruh besar aplikasi TikTok sebagai platform media sosial terkenal masa kini telah banyak menarik pengguna aplikasi itu untuk mencuba pelbagai cara dalam menghasilkan "content" demi mendapatkan lebih banyak jumlah tontonan, mengumpul lebih ramai pengikut serta menjana pendapatan sampingan. Oleh kerana lagu merupakan salah satu faktor utama yang membuatkan aplikasi TikTok ini lebih menyeronokkan, jadi ramai di kalangan selebriti antarabangsa dan tempatan turut beralih menggunakan TikTok. Memetik Getaran, penyanyi bertaraf antarabangsa Yunalis Zarai, tidak menafikan TikTok telah banyak mempengaruhi perubahan industri muzik hari ini dan berharap lagunya juga akan menjadi viral di TikTok suatu masa nanti. “Sekarang kita memang ke arah media sosial. Ia menjadi medium untuk orang promosi lagu. Kalau itu cara terbaik untuk berkarya, apa salahnya.
“Saya memang teringin lagu saya viral di TikTok Cuma saya tidaklah terus fokus ke sana. Saya sendiri ada cara saya. Mungkin tidaklah sampai menari, cuma saya suka tengok orang berasa fun. “Saya masih mencari cara untuk menghasilkan lagu yang berbentuk ‘fun’. Kalau lagu saya meletup, menarik juga kalau ada elemen estetika di dalamnya,” kata Yuna ketika ditemui Getaran di A-Park Puchong baru-baru ini.
|
ashilalat: Retis acah² internesenel ni i ...
ADVERTISEMENT