CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ernie Zakri Menangis Terlalu Sibuk, Selalu Tinggalkan Anak Untuk Keluar Bekerja

17-8-2022 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1755| Komen: 13

Description: Selepas menimang cahaya mata sulung pada Februari lalu, pasangan penyanyi popular, Syamel dan Ernie Zakri tidak menafikan mereka semakin murah rezeki.
Selepas menimang cahaya mata sulung pada Februari lalu, pasangan penyanyi popular, Syamel dan Ernie Zakri tidak menafikan mereka semakin murah rezeki.

Bakal bersama-sama mengadakan konsert berskala besar pada bulan Oktober nanti, pasangan ini tidak melihat kesibukan kerja sebagai satu halangan untuk memberikan yang terbaik untuk anak mereka, Nur Khawla Soleha yang kini berusia enam bulan.

Foto: IG

“Tipu kalau saya kata tidak sedih setiap kali keluar bekerja. Tidak lama lagi pun saya akan ke Bandung dan Jakarta, Indonesia untuk rangka promosi Hal Hebat di sana.

“Memikirkan nak tinggalkan anak enam hari pun sudah cukup buat saya rasa sedih, kalau tengok gambar memang meleleh air mata. Khawla pun dah pandai macam-macam sekarang.


“Pada masa sama, saya rasa bersyukur kerana Syamel banyak membantu kalau dia berkelapangan. Biasanya jika saya perlu keluar bekerja, ibu saya akan datang untuk membantu menjaga Khawla juga,” kata Ernie.



Ernie akan terbang ke Indonesia bagi mempromosikan single Hal Hebat, kolaborasi bersama kumpulan dari sana, Govinda.

Selain pertolongan daripada ahli keluarga, Syamel dan Ernie turut lega kerana dikurniakan pembantu yang menjaga anak mereka setulus hati.



“Sejujurnya bila memikirkan Khawla bersama pengasuhnya pun sudah buat saya tak tentu arah.

“Fikir dia tengah buat apa, senyuman dia, tetapi bila di rumah, kami pastikan dia sepenuhnya bersama kami.




“Harapnya bila dah besar, Khawla faham kerja daddy dan ibunya,” kata Syamel pula. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 17-8-2022 09:50 AM
Laki ko retis kan...kaya. biarlah dia kuar kerja
Quote kuchenta_81 17-8-2022 10:04 AM
Okay Ernie, jumpa Jumaat malam nanti ya hehe
Quote stingergrumpy 17-8-2022 10:09 AM
Memang mengundang carut dari aku tred sebegini..

Takpa ko org continue dulu
Quote mizruncing 17-8-2022 10:42 AM
stingergrumpy replied at 17-8-2022 10:09 AM
Memang mengundang carut dari aku tred sebegini..

Takpa ko org continue dulu

kannn. td baca kt RK mira piljah pn nanges tgal anak. heyyy korang ni klu beria nanges bagai smpai dok canang kt netizen baik xyah kuar umah la. dok je umah jaga anak. takpon mcm emma tu angkut je anak sekali tak habis meratib sedih tgal anak. mcm mak2 lain ni tak tgal anak nk pegi keje plak.. mcm mira tu beria tak tnjuk org muka anak nya. beria terpaling tak pegi sana sini bawak anak keluar. tp anak kau demam selsema batuk jgk tetap la kau pegi jgk shoot sane sini mcm biasa tgal kan anak kau tu. beria sgt nanges2 smpai bengkak mata. lenkali takyah tgal anak tu. angkut je sekali LOL
Quote .HannahMontana. 17-8-2022 11:22 AM
kalau ko duduk di rumah 24 jam pun  tetaplah anak itu menangis

dahhh bayi memang begitu kannnnnnnnn


kenapa bodoh

tersangkak nya artis artis tongong sebgini

eloklah pergi mampussssssss
Quote alieyrina 17-8-2022 12:18 PM
Mcm tu lah keadaannya kalau laki bini kena kuar bekerja ..penah lalui cuma nya aku takda pilihan kena kerja gak kan
Quote chekacheku 17-8-2022 03:18 PM
Asalnya bgtau sikit..kna konar baring ngn reporter jd artikel hamjad mcm ni..
Quote nakkomenjugak 17-8-2022 05:14 PM
Time plan anak tak terfikir ke semua tu?
ohh yelah naluri keibuan datang selepas tu
Quote botol_tritan 17-8-2022 05:24 PM
Bersyukur la ernie, at least ada mak yg tgkkan anak. Ada mak2 yg lain, xde mak pun (mak dah meninggal/mak duk jauh) tgkkan anak. Tawakal je hantar rumah org. Jadi apa2 kat anak, mulut2 jahat akan cakap, ‘tu lah, maknya sibuk nak kerja, x kesahkan anak’.

Tapi anak dia rupa secetak dgn dia. Comell
Quote faraway1 17-8-2022 06:14 PM
Hidup ada pilihan juga.. Jika buat pilihan nak nyanyi sini sana, itu pilihan dibuat...

Quote bluecrystal 17-8-2022 07:14 PM
tokti pun tak nangis..demi sesuap nasik katanya
Quote ashilalat 17-8-2022 08:12 PM
Jangan la sia² kebolehan nyanyi tu dgn drama murah airmata mengundang kecaman
Quote irvene 17-8-2022 08:20 PM
so nk cakap apa ni? nk suruh kesian? org lain yg dh lama tunggu nk ada anak, lagi kesian

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051367 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top