CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

5 Tahun Kahwin Tak Ada Anak, Indah Ruhaila Risau Tak Ada Orang Jaga Bila Tua Nanti

17-8-2022 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4148| Komen: 56

Description: Indah Ruhaila mengakui mahu menimang cahaya mata selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, namun akur apabila masih belum diberikan rezeki oleh Allah SWT untuk hamil.
Indah Ruhaila mengakui mahu menimang cahaya mata selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, namun akur apabila masih belum diberikan rezeki oleh Allah SWT untuk hamil.


Bagaimanapun, Indah atau nama lengkapnya Siti Ruhailah Hussein ketika ditemui Kosmo! berkata, dia yakin pada rezeki Tuhan dan tidak mahu terlalu membebankan diri untuk berfikir tentang zuriat.

Foto: IG

“Saya sebenarnya sudah banyak kali disoal tentang anak sampai berbuih mulut. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya nak anak. Cuma belum ada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada saya dan juga suami.

“Saya pun sudah lima tahu berkahwin. Bila saya duduk seorang diri, kadang-kadang saya terfikir juga bila saya tua nanti siapa yang mahu menjaga saya?” ujarnya kepada Kosmo!



Tambah pelantun lagu Pudar itu lagi, dia tidak mahu bersangka buruk atas apa yang telah ditetapkan kerana percaya dengan perancangan yang telah diatur oleh-Nya.

“Saya tidak mahu fikir perkara tidak baik dengan perancangan Allah SWT. Tuhan tahu masa yang tepat untuk kurniakan cahaya mata kepada saya.



“Ramai lagi pasangan di luar sana yang sudah kahwin bertahun-tahun, malah ada yang sudah melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pun masih belum diberikan rezeki zuriat.

“Perkara ini (kehamilan) berbalik pada rezeki Allah SWT dan saya tidak mahu bebankan diri saya. Kalau orang tanya, saya akui tidak tertekan dengan situasi ini,” katanya.

Memandangkan usianya masih baru mencecah 35 tahun, Indah diberitahu doktor dia masih berpeluang untuk memperoleh anak sendiri dan mahu cuba untuk hamil secara semula jadi.



“Saya masih ada peluang untuk hamil dan akan cuba untuk hamil secara semula jadi. Insya-Allah,” tegasnya.

Indah yang ditemui ketika sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul All My Heart baru-baru ini telah mendirkan rumah tangga bersama suami, Ahmad Shariff Ahmad Taufiq, 41 pada 24 Disember 2017.


Selepas lima tahun berkahwin, Indah dan suami bagaimanapun masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 17-8-2022 09:58 AM
Belum tentu anak akan jaga kita time tua nanti.
Quote tipah89 17-8-2022 10:30 AM
anak bersusun pun kalau xnak jaga, buat pe.  tu kat rumah orang tua byk je yang dihantar oleh anak-anak okeyh?
Quote kaoru44 17-8-2022 10:32 AM
Ada anak ramai pun xtentu jaga kte..tp slalu doa la banyak pkara elok2 utk kte dan keluarga..yg single mcm iols ni lg la..sapa la nk jaga tua nanti
Quote my_irina 17-8-2022 10:34 AM
anak is not your retirement fund
Quote mizruncing 17-8-2022 10:34 AM
just enjoy je moment berdua. jgn pikir sgt.. paling penting why nak pikir lahirkan anak semata2 utk anak jaga kita masa tua nanti. nonsense
Quote mizruncing 17-8-2022 10:36 AM
tipah89 replied at 17-8-2022 10:30 AM
anak bersusun pun kalau xnak jaga, buat pe.  tu kat rumah orang tua byk je yang dihantar oleh anak-a ...

kannn. opah aku pn terkontang kanting sorang2 kt kampung. makcik2 aku semua taknak balik jaga. ada je alasan masing2. harap je anak perempuan ramai.
Quote prettyuglybabe 17-8-2022 10:37 AM
register je la rumah orang tua..
lagi elok terjaga dari harap anak..
dorang pun akan ada hidup sendiri kerja family untuk difikir..
melainkan kau kepit anak tu bawah ketiak jangan hantar belajar jangan kenal orang..
so dia duduk rumah hadap kau je..
Quote ezacbee 17-8-2022 10:37 AM
Alahai.. nilah mentaliti orang kita. Duduk jelah rumah orang tua. Ada geng.
Quote helicornia 17-8-2022 10:39 AM
makcik aku sebelah rumah nenek je, buat tak endah je
kakak aku rumah sepelaung je dr rumah mak aku, sebulan sekali pun susah nak singgah
Quote ..maksu 17-8-2022 10:40 AM
anak bukan retirement plan acik oi.

ko kumpul la duit masuk private old folks yg ada mcm2 actvt and nursing.
Quote She-Ra 17-8-2022 10:44 AM
yg remajapurba bujang, tenang2 je..
kita register rumah org2 tua, takde menyusahkan keluarga
seronok pun seronok, ada ramai kwn, ada pelbagai aktiviti..
Quote toet2meoww 17-8-2022 10:46 AM
Kat rumah org tua, ade je orang yg anaknye bersusun tapi stil duduk situ.
Quote Thunderclouds 17-8-2022 11:35 AM
Allah is the best planner. Jgn di kenang menda yg xdak,tgk nikmat yg dh di beri depan mata. Insyaallah rasa lengkap hidup ni.
Quote tipah89 17-8-2022 11:35 AM
mizruncing replied at 17-8-2022 10:36 AM
kannn. opah aku pn terkontang kanting sorang2 kt kampung. makcik2 aku semua taknak balik jaga. ada ...

betul. i oll pun tengok kat keliling ni anak sampai soploh orang sorang pun xmau jaga.. yg ni anak lelaki ramai masing2 ikut bontot binik xmau jaga mak pak.

Quote lasagna 17-8-2022 11:37 AM
Thunderclouds replied at 17-8-2022 11:35 AM
Allah is the best planner. Jgn di kenang menda yg xdak,tgk nikmat yg dh di beri depan mata. Insyaall ...

iya betul, bersyukur lah dgn apa yg ada, dan apa yg tak de.
Quote Buritan 17-8-2022 11:37 AM
akuHavocczz replied at 17-8-2022 09:58 AM
Belum tentu anak akan jaga kita time tua nanti.

Yepppp.. betul tuu.. ikut rezeki jugak.. ade anak jaga masa tua.. ade anak diterebannya ke rumah org tuek
Quote Nnasda53 17-8-2022 11:39 AM
Jangan la berharap anak akan jaga bila dah tua nanti.
Bersepah je yg anak ramai pun tak mampu nak jaga mak seorang.
Quote Mary_jane 17-8-2022 11:42 AM
Anak tak lahir lagi dah ada tanggungjawab menunggu.
Quote uori 17-8-2022 11:54 AM
tipah89 replied at 17-8-2022 11:35 AM
betul. i oll pun tengok kat keliling ni anak sampai soploh orang sorang pun xmau jaga.. yg ni anak ...

anak lelaki bila makpak mati dan masa untuk pembahagian reta je nanti baru timbul dan bersuara lantang

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052428 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top