CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Michael Ang Bukan Macam Orang Lain Cucuk Sana Sini

16-8-2022 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1288| Komen: 5

Description: “Memang saya pernah tanam benang dalam hidung, dua tahun dulu,” demikian pengakuan pengarah sensasi, Michael Ang yang sering menjadi sasaran pertanyaan netizen mengenai perubahan pada wajahnya, seti ...
“Memang saya pernah tanam benang dalam hidung, dua tahun dulu,” demikian pengakuan pengarah sensasi, Michael Ang yang sering menjadi sasaran pertanyaan netizen mengenai perubahan pada wajahnya, setiap kali bersiaran menerusi Instagram Live.


Michael bagaimanapun, yakin keputusannya itu tidak menyalahi hukum kerana prosedur rawatan yang dijalaninya itu hanya bersifat sementara.


IG Mike

“Hampir setiap hari saya menjawab pertanyaan netizen tentang perkara ini di Instagram Live. Kalau ada yang mempertikai, saya enggan ambil pusing. Saya tahu apa yang saya buat.

“Saya bukannya buat pembedahan pecahkan rahang atau menyuntik botoks dan sebagainya. Perubahan itu hanyalah sementara dan akan hilang selepas dua tahun. Tidak kekal pun,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Dalam pada itu, Michael turut menyelar tindakan sesetengah selebriti dan pengasas produk yang tidak jujur, malah sanggup menipu masyarakat dengan melakukan prosedur tertentu untuk kelihatan lebih cantik bagi melariskan jualan produk mereka.


IG Mike

“Saya bukan seperti segelintir individu yang cucuk sana sini, kulit putih melepak, namun membuat kenyataan perubahan itu adalah hasil penggunaan produk yang mereka jual. Pada hal, mereka sebenarnya menipu pengguna. Mereka ingat masyarakat ini bodoh?

“Saya akan berlaku jujur, maklumkan yang sebenarnya kepada netizen. Saya tanam benang pada hidung dan melakukannya sekadar ingin mencuba.

“Tidak pernah pula netizen menyerang saya kerana perkara ini. Kalau ada sekalipun, mungkin mereka yang dalam kalangan ‘ahli syurga’.

“Jika masih ada yang mempersoalkan halal dan haram tindakan saya ini, terpulanglah kepada mereka. Lagipun, ia tidak melibatkan sebarang prosedur merubah bentuk wajah secara kekal,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 17-8-2022 04:51 AM
OK Mike..
Quote stingergrumpy 17-8-2022 05:19 AM
Roger mike papa charlie bravo....
Quote LadyCarefree 17-8-2022 09:03 AM
"Mereka ingat masyarakat ini bodoh?"

Memang pon ramai meleis bodoh beli produk retis/instapemes.
Quote Mary_jane 17-8-2022 11:19 AM
Laa pernah ke berhidung mancung, sebab tak perasan pun.
Quote CauPandin 17-8-2022 11:21 AM
terpaling????

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.053760 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top