Isu membabitkan kapal tempur pesisir (LCS) diyakini tidak akan menjadi `peluru' yang boleh menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ini kerana sudah ada penjelasan daripada pihak bertanggungjawab dibuat berhubung isu terbabit, sekali gus menunjukkan kerajaan ketika itu tidak menyalahgunakan wang rakyat. Malah, katanya, UMNO juga tidak gentar berdepan isu terbabit dan meminta penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) disegerakan bagi 'menemui jawapan' mengenai masalah perolehan enam kapal terbabit.
"Isu LCS tidak akan menumbangkan BN kerana sudah ada penjelasan dibuat dan akan terus dibuat oleh pelbagai pihak berkaitan. "Kita juga menyokong cadangan Pemuda UMNO supaya tubuhkan RCI, ia perlu disegerakan," katanya kepada BH, di sini. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mendakwa skandal penyelewengan projek LCS akan menumbangkan BN pada PRU-15 nanti. Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion. Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini. Namun, TLDM dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang juga pemilik BNS melalui kenyataan mereka sebelum ini 'mempertahankan' projek terbabit. Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman dilaporkan mengesahkan pembinaan fizikal LCS sedang dilaksanakan di mana sebahagian besar hull (badan) kapal itu dibina di Lumut Shipyard, TLDM. Sementara Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin pula dilaporkan berkata, pelancaran dan penamaan sesebuah kapal perang sebelum ia siap sepenuhnya adalah tradisi TLDM sejak sekian lama selain menjadi amalan biasa di negara lain. Sumber: BH |
CiliPadiSedap replied at 11-8-2022 05:12 PM
tertanya tanya isu bayar hutang lama syarikat tu betul ke? laporan pac panjang sangat siapa rajin to ...
Nazim Rahman:
LCS
1. Saya terlibat secara langsung dalam menggubal pelan pemulihan projek LCS bersama-sama MINDEF dan TLDM baru-baru ini. Saya sudah berkali-kali turun ke Lumut Shipyard yang terletak di dalam pengkalan TLDM dan melawat projek LCS.
2. Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak ‘hull’ kapal-kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina.
3. Di bawah kontrak sekarang, pembinaan keenam-enam kapal ini perlu dibuat dalam masa yang sama (concurrently). Bukan bina 1, deliver 1. Lumut Shipyard besar dan ada kapasiti untuk pembinaan 6 kapal sekali harung.
4. RM6 bilion dari nilai kontrak 9 bilion sudah dibayar. Kenapa bayar sampai 6 bilion, tapi progress pembinaan untuk 5 kapal pertama hanya pada purata 55%? Sebab 6 bilion dibelanjakan untuk beli hampir kesemua peralatan yang perlu untuk bina 6 kapal. Bulk order lebih murah berbanding beli satu-satu.
5. Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk basic design dan detailed design yang dibuat oleh Naval Group, Perancis.
6. RM9 bilion untuk 6 kapal di bawah kontrak asal bermakna harga satu kapal lebih kurang RM1.5 bilion. Egypt membelanjakan hampir RM1.9b untuk satu kapal LCS mereka yang dibuat di Perancis. UAE juga belanja hampir RM1.9b satu LCS. US bina LCS mereka pada harga RM2.4b sebiji sebab lebih canggih.
7. Selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal-kapal Navy yang diberi kepada syarikat PSC satu ketika dulu, Boustead terpaksa mengambil alih syarikat ini demi menyelamatkan kerugian di seluruh rantaian kewangan dan ekonomi.
8. Pengambilalihan ini termasuk hutang bank yang amat besar yang kini terpaksa ditanggung oleh Boustead Holdings dan Boustead Naval Shipyard. Maka sebahagian dari wang LCS terpaksa digunakan untuk bayar hutang lapuk syarikat PSC ini. Maklumat ini ada dalam laporan PAC.
9. Namun di sebalik bebanan ini, projek LCS yang dibina oleh syarikat BNS di Malaysia telah membuka peluang kerja teknikal dan kejuruteraan kepada hampir 3000 engineers, lebih 400 vendor tempatan dalam pelbagai bidang yang dengan nilai projek lebih RM4 bilion dan ribuan lagi pekerjaan di syarikat vendor ini.
10. Projek ini terhenti pada tahun 2019 atas pelbagai sebab tetapi kabinet pada April 2022 telah memutuskan untuk menyambung semula pembinaan projek ini berdasarkan opsyen yang paling murah. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira 3 opsyen. 3 opsyen termasuk pelan penstrukturan semula BNS ini diteliti oleh pihak kerajaan di pelbagai peringkat termasuk JK Kabinet yang mengambil masa selama 8 bulan.
rashiman replied at 11-8-2022 05:32 PM
Bos LTAT dah jawab isu bayar hutang lama..
Kak-Rohana replied at 11-8-2022 05:37 PM
Gigih naw cacai buat penerangan hari2 overtime gichew…Bila didapati bersalah kang merayu dek tuduh ...
Kak-Rohana replied at 11-8-2022 05:37 PM
Gigih naw cacai buat penerangan hari2 overtime gichew…Bila didapati bersalah kang merayu dek tuduh ...
rashiman replied at 11-8-2022 05:50 PM
yg gigih naw bertanya pun ramai walaupun dah banyak jawapan diberi.....
kesian yg masih lagi kelir ...
Orenn1 replied at 11-8-2022 08:23 PM
Sakauuu 6 billion klu menang election lagi org msia ni mmg bodohh namamposs lah
kemaruk replied at 11-8-2022 08:14 PM
resah betul mereka bila orang cuba gagalkan hasutan mereka
rashiman replied at 11-8-2022 05:32 PM
Bos LTAT dah jawab isu bayar hutang lama..
rashiman replied at 12-8-2022 09:09 AM
April 2018 parlimen dibubarkan untuk PRU-14...
selepas tu siapa yg menerajui kerajaan....
airfilterkotor replied at 11-8-2022 08:17 PM
Engkau, kalau dah ikat kontrak dengan sekian-sekian projek, maka duit tu pandai-pandai la ko nak pus ...
ADVERTISEMENT