View: 1416|Reply: 32
|
BN Takkan Tumbang 'Dibedil' Isu LCS Pada PRU-15
[Copy link]
|
|
Isu membabitkan kapal tempur pesisir (LCS) diyakini tidak akan menjadi `peluru' yang boleh menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ini kerana sudah ada penjelasan daripada pihak bertanggungjawab dibuat berhubung isu terbabit, sekali gus menunjukkan kerajaan ketika itu tidak menyalahgunakan wang rakyat.
Malah, katanya, UMNO juga tidak gentar berdepan isu terbabit dan meminta penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) disegerakan bagi 'menemui jawapan' mengenai masalah perolehan enam kapal terbabit.
BH
"Isu LCS tidak akan menumbangkan BN kerana sudah ada penjelasan dibuat dan akan terus dibuat oleh pelbagai pihak berkaitan.
"Kita juga menyokong cadangan Pemuda UMNO supaya tubuhkan RCI, ia perlu disegerakan," katanya kepada BH, di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mendakwa skandal penyelewengan projek LCS akan menumbangkan BN pada PRU-15 nanti.
Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.
Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.
Namun, TLDM dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang juga pemilik BNS melalui kenyataan mereka sebelum ini 'mempertahankan' projek terbabit.
Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman dilaporkan mengesahkan pembinaan fizikal LCS sedang dilaksanakan di mana sebahagian besar hull (badan) kapal itu dibina di Lumut Shipyard, TLDM.
Sementara Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin pula dilaporkan berkata, pelancaran dan penamaan sesebuah kapal perang sebelum ia siap sepenuhnya adalah tradisi TLDM sejak sekian lama selain menjadi amalan biasa di negara lain.
Sumber: BH |
|
|
|
|
|
|
|
tertanya tanya isu bayar hutang lama syarikat tu betul ke? laporan pac panjang sangat siapa rajin tolong compile kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bos LTAT dah jawab isu bayar hutang lama..
Nazim Rahman:
LCS
1. Saya terlibat secara langsung dalam menggubal pelan pemulihan projek LCS bersama-sama MINDEF dan TLDM baru-baru ini. Saya sudah berkali-kali turun ke Lumut Shipyard yang terletak di dalam pengkalan TLDM dan melawat projek LCS.
2. Saya boleh sahkan pembinaan fizikal kapal memang sedang berlangsung. Kalau naik bot ke Pangkor pun boleh nampak ‘hull’ kapal-kapal ini yang sebahagian besarnya sudah dibina.
3. Di bawah kontrak sekarang, pembinaan keenam-enam kapal ini perlu dibuat dalam masa yang sama (concurrently). Bukan bina 1, deliver 1. Lumut Shipyard besar dan ada kapasiti untuk pembinaan 6 kapal sekali harung.
4. RM6 bilion dari nilai kontrak 9 bilion sudah dibayar. Kenapa bayar sampai 6 bilion, tapi progress pembinaan untuk 5 kapal pertama hanya pada purata 55%? Sebab 6 bilion dibelanjakan untuk beli hampir kesemua peralatan yang perlu untuk bina 6 kapal. Bulk order lebih murah berbanding beli satu-satu.
5. Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk basic design dan detailed design yang dibuat oleh Naval Group, Perancis.
6. RM9 bilion untuk 6 kapal di bawah kontrak asal bermakna harga satu kapal lebih kurang RM1.5 bilion. Egypt membelanjakan hampir RM1.9b untuk satu kapal LCS mereka yang dibuat di Perancis. UAE juga belanja hampir RM1.9b satu LCS. US bina LCS mereka pada harga RM2.4b sebiji sebab lebih canggih.
7. Selepas kegagalan projek penswastaan pembinaan kapal-kapal Navy yang diberi kepada syarikat PSC satu ketika dulu, Boustead terpaksa mengambil alih syarikat ini demi menyelamatkan kerugian di seluruh rantaian kewangan dan ekonomi.
8. Pengambilalihan ini termasuk hutang bank yang amat besar yang kini terpaksa ditanggung oleh Boustead Holdings dan Boustead Naval Shipyard. Maka sebahagian dari wang LCS terpaksa digunakan untuk bayar hutang lapuk syarikat PSC ini. Maklumat ini ada dalam laporan PAC.
9. Namun di sebalik bebanan ini, projek LCS yang dibina oleh syarikat BNS di Malaysia telah membuka peluang kerja teknikal dan kejuruteraan kepada hampir 3000 engineers, lebih 400 vendor tempatan dalam pelbagai bidang yang dengan nilai projek lebih RM4 bilion dan ribuan lagi pekerjaan di syarikat vendor ini.
10. Projek ini terhenti pada tahun 2019 atas pelbagai sebab tetapi kabinet pada April 2022 telah memutuskan untuk menyambung semula pembinaan projek ini berdasarkan opsyen yang paling murah. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira 3 opsyen. 3 opsyen termasuk pelan penstrukturan semula BNS ini diteliti oleh pihak kerajaan di pelbagai peringkat termasuk JK Kabinet yang mengambil masa selama 8 bulan.
|
|
|
|
|
|
|
|
camtu serah kt rafizi ramli sbb dia yang kantoikan isu lembu kondo, isu 1mdb malu apa bossku. takkan rafizi menipu? sebab 1 dunia bicara kes 1mdb. only in malaysia after kejatuhan umno baru ada court case. dulu2 pun kau cakap 1mdb xde corruption. last2 kena bicara court.
kita tunggu dan lihat. moga ada sinar terbaik dan update versi canggih untuk kapal lcs
|
|
|
|
|
|
|
|
Gigih naw cacai buat penerangan hari2 overtime gichew…Bila didapati bersalah kang merayu dek tuduh hakim mkn rasuah tukar loyer bagai |
|
|
|
|
|
|
|
yg gigih naw bertanya pun ramai walaupun dah banyak jawapan diberi.....
kesian yg masih lagi keliru....copy paste aje jawapan yg ada
|
|
|
|
|
|
|
|
For reallll....please lahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Rohana replied at 11-8-2022 05:37 PM
Gigih naw cacai buat penerangan hari2 overtime gichew…Bila didapati bersalah kang merayu dek tuduh ...
Tak letih mana pun. Just copy paste dr facebook najib |
|
|
|
|
|
|
|
resah betul mereka bila orang cuba gagalkan hasutan mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
Engkau, kalau dah ikat kontrak dengan sekian-sekian projek, maka duit tu pandai-pandai la ko nak pusing kot celah mana pun.
Ini tidak, dah la tatacara pengurusan projek pun hauk, pengurusan kewangan pun lemau, semua 164 OEM stop kerja sebab takdak payment.
(spt biasa, kita mendengar projek lambat/henti sebab PH)
Sekarang semua dah tau kau guna duit tu buat bayau benda lain.
RM1bil kalau tak salah.
Kau cerita panjang lebar aku kena buat itu aku kena buat ini... itu semua alasan semata nak berlepas tangan jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Sakauuu 6 billion klu menang election lagi org msia ni mmg bodohh namamposs lah |
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 11-8-2022 08:23 PM
Sakauuu 6 billion klu menang election lagi org msia ni mmg bodohh namamposs lah
Sokong sgt sis, sri lankan pun lg tinggi IQ compare to penyembah najib |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 11-8-2022 08:14 PM
resah betul mereka bila orang cuba gagalkan hasutan mereka
Gigih naw dorang menghasut... |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 11-8-2022 05:32 PM
Bos LTAT dah jawab isu bayar hutang lama..
Ex timbalan menteri pertahanan pun dah jawab putar belit bos ltat kaki jilat Hisappudin tuh..
Chin Tong jawab bos LTAT: Buat kapal bukan macam pasang Lego
Diterbitkan: Aug 10, 2022 7:26 PM
Liew Chin Tong berkata dia terkejut dengan jawapan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ahmad Nazim Abdul Rahman berkaitan perolehan kapal kapal tempur pesisir (LCS).
Bekas timbalan menteri pertahanan itu menolak penjelasan Nazim bahawa pembinaan fizikal kapal sedang berlangsung kerana badannya dapat dilihat “kalau naik bot ke Pangkor”.
“Aspek yang paling penting untuk sebuah kapal adalah reka bentuk. Apa gunanya ada rangka atau badan kapal yang besar tanpa pendawaian, senjata dan peralatan?
“Malangnya, detailed design LCS yang patut disiapkan pada November 2016 tetap kekal di tahap lebih kurang 80 peratus pada tahun 2022.
“Pembinaan kapal perang bukan seperti membuat kapal Lego,” kata timbalan setiausaha agung DAP.
Dalam kenyataan hari ini, Liew berkata kapal sebesar LCS mempunyai sistem pendawaian dan paip yang panjang sekurang-kurangnya 300 kilometer.
“Pembinaan kapal perang bukan sahaja hull (badan) yang boleh dinampak dari laut berhampiran Pulau Pangkor,” katanya,
Sementara itu, mengulas itu pembelian peralatan pembinaan secara pukal, Liew menyifatkan teori berkaitan perkara itu sebagai “penipuan”.
Memetik prosiding pada 1 Disember 2020, dia berkata bekas ketua audit negara Ambrin Buang memaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa pada keadaan biasa rekaan patut dimuktamadkan sebelum kontrak ditandatangani.
“Ini bukan main Lego, boleh pasang dan buka suka hati,” katanya.
Liew juga berkata 15 peratus daripada peralatan yang dibeli secara pukal itu telah lapuk dan menyebabkan pembaziran yang terlampau besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Selagi ada FELDA, selagi itu ada BN.
LCS what?
|
|
|
|
|
|
|
|
April 2018 parlimen dibubarkan untuk PRU-14...
selepas tu siapa yg menerajui kerajaan....
gigih betul menghasut...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 12-8-2022 09:33 AM
parlimen bubar pun projek tetap bawah kera jaan BN bongok..gigih dok menyalak salahkan ph walhal masa tu PH blom jadi gomen pun lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lostnfaun at 12-8-2022 09:22 AM
airfilterkotor replied at 11-8-2022 08:17 PM
Engkau, kalau dah ikat kontrak dengan sekian-sekian projek, maka duit tu pandai-pandai la ko nak pus ...
Betul tue bang, bila org bawah nak buat perolehan segala mcm prosedur kewangan & prolehan kena ikut, tak bole silap. Even yg libatkan kontrak pun kena buat & semak byk kali dgn LA.
Tp bila kes nie boleh plak sign kontrak tanpa finalkan design. Mcm mana la diorg ejas dalam BQ kontrak agaknya bio dpt sign kontrak dulu. Hebat betul.
Kalau tgk dlm perolehan kerajaan, byk betul pembaziran, mentang² bkn guna duit sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri tangguh sendiri tanya mana kapal mana kapal ahhaahhaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|