Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba mendedahkan Malaysia dijangka memiliki polisi pelupusan kenderaan hujung hayat (ELV) dalam tempoh tiga tahun bagi memanfaatkan komponen kenderaan usang.
Menerusi laporan Harian Metro, Malaysia kini memiliki 33 juta kenderaan berdaftar berpotensi untuk tersadai apabila tidak digunakan kelak.
Katanya, lambakan kenderaan usang ini berlaku kerana masih belum ada polisi membolehkan tindakan sewajarnya diambil dengan penekanan diberikan kepada kaedah pelupusan yang tepat.
Dr Adham Baba
"Usaha proaktif perlu diambil bagi mencapai ekosistem hijau yang kondusif seiring dengan matlamat Malaysia lestari 2030.
"Pelaksanaannya memerlukan penelitian yang mendalam maka semua pihak perlu memainkan peranan dari segi advokasi dan berganding bahu bagi mencari kaedah terbaik menangani isu ini khususnya dalam kalangan penyelidik dan cedekiawan," katanya.
Komponen kenderaan usang ini boleh menjana pendapatan yang dianggarkan bernilai RM10 bilion jika dikitar semula untuk menghasilkan produk lain.
Jelasnya, Konsortium Penyelidikan ELV membabitkan kerjasama tiga universiti tempatan iaitu UTM, UKM dan UTeM bagi mencari penyelesaian tuntas keapda permasalahan ini.
Gambar hiasan
"Hasil kajian diperoleh seterusnya akan menjadi pemangkin pemerkasaan industri pembuatan dan kitar semula menerusi pelan tindakan, rangka kerja, panduan serta rujukan selaras dengan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020," katanya.
Tambahnya lagi, MOSTI yakin teknologi dan inovasi yang diusahakan menerusi penyelidikan ini mampu memberi manfaat yang besar kepada pelbagai pihak seperti kerajaan tempatan, pemain industri dan negara. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Kadang bukan rosak pun pemilik saja letak situ sebab nak lari dari bayar hutang. Elok call majlis perbandaran nanti mereka akan letak notis kat kereta tu. Kalau tak ada yang claim mereka akan tarik untuk lupus.