CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 600|Reply: 3

Malaysia Perlu Ada Polisi Lupus Kenderaan Usang

[Copy link]
Post time 12-8-2022 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Gambar hiasan


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba mendedahkan Malaysia dijangka memiliki polisi pelupusan kenderaan hujung hayat (ELV) dalam tempoh tiga tahun bagi memanfaatkan komponen kenderaan usang.



Menerusi laporan Harian Metro, Malaysia kini memiliki 33 juta kenderaan berdaftar berpotensi untuk tersadai apabila tidak digunakan kelak.



Katanya, lambakan kenderaan usang ini berlaku kerana masih belum ada polisi membolehkan tindakan sewajarnya diambil dengan penekanan diberikan kepada kaedah pelupusan yang tepat.



Dr Adham Baba


"Usaha proaktif perlu diambil bagi mencapai ekosistem hijau yang kondusif seiring dengan matlamat Malaysia lestari 2030.



"elaksanaannya memerlukan penelitian yang mendalam maka semua pihak perlu memainkan peranan dari segi advokasi dan berganding bahu bagi mencari kaedah terbaik menangani isu ini khususnya dalam kalangan penyelidik dan cedekiawan," katanya.



Komponen kenderaan usang ini boleh menjana pendapatan yang dianggarkan bernilai RM10 bilion jika dikitar semula untuk menghasilkan produk lain.



Jelasnya, Konsortium Penyelidikan ELV membabitkan kerjasama tiga universiti tempatan iaitu UTM, UKM dan UTeM bagi mencari penyelesaian tuntas keapda permasalahan ini.



Gambar hiasan


"Hasil kajian diperoleh seterusnya akan menjadi pemangkin pemerkasaan industri pembuatan dan kitar semula menerusi pelan tindakan, rangka kerja, panduan serta rujukan selaras dengan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020," katanya.



Tambahnya lagi, MOSTI yakin teknologi dan inovasi yang diusahakan menerusi penyelidikan ini mampu memberi manfaat yang besar kepada pelbagai pihak seperti kerajaan tempatan, pemain industri dan negara. - CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 05:02 PM | Show all posts
kawasan perumahan banyak kereta tersadai. sampai rumput naik, jadi sarang ular bagai

tak boleh ke kita call je orang besi buruk tarik

tapi tu la, bukan hak kita. hatta dah bertahun sekalipun kereta tu kat situ
kang elok je panggil orang, tiba2 tuan dia muncul pulak. ah naya

nak report kat sapa eh?
lagi satu risau kereta curi
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 05:54 PM | Show all posts
Adrif replied at 12-8-2022 05:02 PM
kawasan perumahan banyak kereta tersadai. sampai rumput naik, jadi sarang ular bagai

tak boleh ke k ...

Kadang bukan rosak pun pemilik saja letak situ sebab nak lari dari bayar hutang.  Elok call majlis perbandaran nanti mereka akan letak notis kat kereta tu.  Kalau tak ada yang claim mereka akan tarik untuk lupus.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 12-8-2022 05:54 PM
Kadang bukan rosak pun pemilik saja letak situ sebab nak lari dari bayar hutang.  Elok call majlis ...

Kan ..ini mcm senang je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.059552 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list