CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Air Hujan Seluruh Dunia Dah Tak Selamat Untuk Diminum?

11-8-2022 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1581| Komen: 16

Description: Air hujan di seluruh dunia tidak lagi selamat untuk diminum berikutan tahap baharu bahan kimia toksik dikenali sebagai PFAS kini melepasi garis panduan terbaru.
Air hujan di seluruh dunia tidak lagi selamat untuk diminum berikutan tahap baharu bahan kimia toksik dikenali sebagai PFAS kini melepasi garis panduan terbaru.


Menurut kajian terbaru oleh saintis di Universiti Stockholm, bahan kimia PFAS yang digelar "forever chemicals" kerana mengambil masa amat lama untuk terurai, dan kali pertama ditemui dalam bahan pembungkusan barang, syampu atau alat solek.

Bagaimanapun, ia kini dikatakan sudah tersebar ke seluruh alam sekitar termasuk air dan udara.


Antartika turut merekodkan tahap PFAS 14 kali lebih tinggi daripada garis panduan ditetapkan

"Tiada tempat di dunia ini di mana air hujan selamat untuk diminum, berdasarkan sukatan yang kami nilai," kata Profesor universiti itu, Ian Cousins, yang mengetuai kajian diterbitkan dalam Environmental Science and Technology kepada AFP.

Data dihimpunkan sejak 2010 yang dikaji pasukannya menunjukkan tahap air hujan di Antartika atau dataran Tibet turut melepasi garis panduan air minuman dicadangkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat (AS).

Dua lokasi berkenaan yang lazimnya dianggap paling bersih masih merekodkan tahap PFAS 14 kali lebih tinggi berbanding garis panduan air minuman ditetapkan EPA.

EPA baru-baru ini menurunkan garis panduan PFAS secara signifikan selepas mendapati bahan kimia berkenaan berupaya menjejaskan tindak balas imun kanak-kanak terhadap vaksin, kata Cousins.

PSAS yang diserap tubuh manusia akan terus terkumpul dalam badan.

Ada kajian menunjukkan pendedahan kepada PFAS juga boleh membawa kepada masalah kesuburan, merencatkan pertumbuhan kanak-kanak, meningkatkan risiko obesiti atau kanser tertentu selain meningkatkan tahap kolesterol. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekngucing 11-8-2022 02:18 PM
minggu lepas lg.keluar dah artikel ji
memang satu dunia tak boleh lari dahhh..air hujan tercemar dahh
Quote Adrif 11-8-2022 11:51 PM
dulu2 belajar, kalau hanyut kat laut, jangan minum air laut. masin, garam tinggi, bahaya. minum air hujan nak selamat. la ni, air hujan pun takleh minum dah.

dah kena recycle minum kencing sendiri ke camane, dalam topik survival
Quote tripleid 12-8-2022 12:20 AM
Bumi rosak sbb tangan2 manusia..kesian binatang yg x berdosa turut terkena tenpiasnya
Quote blastoff 12-8-2022 07:15 AM
Edited by blastoff at 12-8-2022 07:24 AM

air dlm syringe berbooster2 yg paling merbahaya itteww yg telah dan bakal menyebabkan berjuta2 kematian mengejut sana sini di seluruh dunia, tup tup air hujan plak nk di jadikan scapegoat...

punya lah membenci apa saja yg Tuhan ciptakan secara semula jadi yg di anggap bahaya ke hulu ke hilir manjang.

Sundrik izinkan racun ciptaan pembunuh di cucuk dlm salur darah lepas tu dah sakit teruk mati terkejung kemudian nk salahkan hujan yg merupakan ciptaan Tuhan yg mampu suburkan bumi setelah gersang yg menjadi nadi hidupan segala makhluk dimukabumi sejak berjuta2 tahun tuh

Kajian haprak hasil idea cetusan iblis laknatullah je yg cuma check 2 tempat di antartika dan Tibet dah boleh kampoikan seluruh dunia sebagai tak selamat, kuang3

Quote kumurkumur 12-8-2022 08:46 AM
Ada kajian menunjukkan pendedahan kepada PFAS juga boleh membawa kepada masalah kesuburan, merencatkan pertumbuhan kanak-kanak, meningkatkan risiko obesiti atau kanser tertentu selain meningkatkan tahap kolesterol.

pfizer tersenyum sinis
Quote SWORKS27 12-8-2022 09:09 AM
boleh ja kalau nak minum..tengok lokasi mana..kalau tengah2 hutan belantara, boleh je tadah hujan tu
Quote gekkou 12-8-2022 09:13 AM
mendengar guruh di langit
air di tempayan dicurahkan

kecik2 seronok main hujan
tak fikir tercemar ke tidak
now fikir risiko virus
kesian budak2 jaman now
Quote slavehunter 12-8-2022 10:32 AM
Air hujan normal turun Allah swt turunkan sebagai Rahmat Allah selama ni memang selamat.

Tapi sejak dua menjak ni lepas semburan Chemtrail memang ler jadi berkimia buatkan ramai orang sakit.
Quote slavehunter 12-8-2022 10:43 AM
blastoff replied at 12-8-2022 07:15 AM
air dlm syringe berbooster2 yg paling merbahaya itteww yg telah dan bakal menyebabkan berjuta2 kemat ...

Moment2 buatkan manusia Jahil dan munafiqun untuk melupakan setiap Nikmat kurniaan Allah swt selama ni, and stop depends pada doa doa kpd Allah, but depends pada kata2 manusia bernama "pakar junk".
Quote blastoff 12-8-2022 01:28 PM
Edited by blastoff at 12-8-2022 01:30 PM
slavehunter replied at 12-8-2022 10:32 AM
Air hujan normal turun Allah swt turunkan sebagai Rahmat Allah selama ni memang selamat.

Tapi sejak ...

Kalau nak sembur bahan kimia guna kapalterbang, ia perlu di lakukan dekat dgn mende yg nak di sembur tu hokayy so kalau betul2 nak sakitkan orgramai semburan perlu di buat pada jarak dekat dgn bumbung2 rumah org lah patutnya .

Yg di claim "chemtrail" tapi ada jauh nuuuuu di langit paling atas nuuuu bukannya semburan bahan kimia , sebaliknya contrail iaitu water vapor dari engin kapalterbang yg terbang pada very high altitude je.

Di gembar gemburkan langit penuh bahan kimia cuma taktik licik the dark force utk bagi orgramai rasa tak selamat menghidu oksigen agar depa pakai mask lah kat luar rumah kekdahnya lalu sel2 badan depa akan jadi lemah sebab kurang oksigen punya pasai dek dok takut nak sedut oksigen je manjang .

Padahal Allah dah janji yg langit di lindungi Allah dari segala jenis bahaya maa , even ketika berlaku letusan gunung berapi yg amat banyak maknenek jenis toxic kluar dari kawah gunung bersemburan memenuhi ruang angkasa pung tak de boleh buat orgramai sakit teruk haih selama nih sebab the nature of the sky yg mampu absorb utk neutralkan agar ia kekal flawless seperti yg dijanji Allah dlm Quran tu lah .


\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\




No one can turn the sky deadly because God protects it ....it is flawless and no amount of chemical can corrupt it ok .
Qaf 50:6

Have they not then looked at the sky above them: how We built it and adorned it ˹with stars˺, leaving it flawless?



Al Anbiya 21:32

And We have made the sky a well-protected canopy, still they turn away from its signs.


Quote Dwdrum 12-8-2022 01:41 PM
Sudah wujud survival water filter yang boleh filter germs.. Heavy metals... Harmful chemical....

Dunia masih selamat untuk di duduki....
Quote blastoff 12-8-2022 02:12 PM
aku sekeluarga sejak turun temurun minum air tak pernah filter punggg, simply boil je .....alhamdulillah ok je tak sakit .
One day nanti nak cari yg jual filter pung tarak sebab dari owner hingga ke pekerja kilang buat filter mati mengejut sebab berdos2 punya pasai , waktu tu yg hidup kena depend pada air tanpa filter lah sokmo2 gakk

Quote Dwdrum 12-8-2022 02:17 PM
Sudah diri sendiri obses dengan ubat cacing buat confession minum tanpa filter punggg sihat.. Hahahaha akak tidak terkejut
Quote blastoff 12-8-2022 02:28 PM
Dwdrum replied at 12-8-2022 02:17 PM
Sudah diri sendiri obses dengan ubat cacing buat confession minum tanpa filter punggg sihat.. Hahaha ...

kejadian mati terkejut ramai2 lani di seluruh dunia kau tak terkejut ke ? Atau kau memang dah expect ia akan berlaku mcm tu pada yg kau dok promote badshit itteww sebab tu kau anggap ia normal je ?
Quote slavehunter 12-8-2022 03:17 PM
blastoff replied at 12-8-2022 01:28 PM
Kalau nak sembur bahan kimia guna kapalterbang, ia perlu di lakukan dekat dgn mende yg nak di sembu ...

Punya mak nenek dekat dengan Terrain ni bukan chemtrail ker? Ni semua dalam Malaysia. Lagi satu kalau nak claim Contrail kena la tengok sesuatu vapourize tu di level tinggi 30k feet , sebab Aircraft long range commercial mana boleh simply terbang rendah melainkan ko nak descending dengan ascending.
Kalau asap di kedudukan rendah ni 10k feet, 5K feet apa tujuannye kalau tak nak meracun orang? Kalau nak kata asap dari Contrail ,Aircraft 2 seater ada ker keluarkan asap kepul2 banyak camni pestu stay longer 3hrs kat atas tu?


Yang pic dua line tu, boleh pulak main u-turn u-turn Aircraft ni pulak kan? Ate dia tak tahu ker semua Aircraft nak terbang ada flight path ACAR nak kena ikut?



Quote Dwdrum 12-8-2022 11:29 PM
blastoff replied at 11-8-2022 10:28 PM
kejadian mati terkejut ramai2 lani di seluruh dunia kau tak terkejut ke ? Atau kau memang dah expec ...

Aku tidak ter kejut setiap hari di hospital ada saja kematian walaupun sebelum pandemic.. Penat lah asyik perlu ter kejut saja...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064730 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top