Sebut saja usahawan sensasi, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli, pasti semua tahu akan pergaduhan mereka yang sudah mencecah lebih setahun. Namun apa yang mengejutkan, Vida dan Iqbal dikatakan akan pertama kali digandingkan dengan Iqbal dalam sebuah filem berjudul Gui. Akui Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, dia terkejut kerana pihak produksi tidak memaklumkan terlebih dahulu mengenai penglibatan Iqbal dalam filem tersebut. “Saya pergi ke set penggambaran tetapi tak tahu tentang skrip dan para pelakonnya. Dalam filem tersebut saya pelu jadi guru besar. “Bila saya lihat dia, memang pandai pihak produksi mempermainkan kami tetapi tak akanlah saya nak bergaduh atau berbalah di situ.
“Saya tak mahu susahkan orang, hadap sajalah,” katanya kepada Kosmo! Online dketika ditemui di Majlis Pelancaran Drama Demi di sini hari ini. Tambah pelantun lagu I Am Me berkenaan, dia turut melihat keperibadian Iqbal semakin matang berbanding sebelum ini. Malah, dia turut mengakui tertanya-tanya mengapa pelantun lagu Hujan itu masih belum mendirikan rumah tangga sehingga hari ini. “Nampak dia matang sikit sekarang dan tiada sebarang niat pun nak serang dia. “Perasaan? Berdebar-debar tapi kenapa dia tak kahwin-kahwin? Dia masih menunggu ke?” ujarnya. Katanya lagi, mereka juga tidak berkomunikasi di set penggambaran dan hanya melaksanakan kerja yang diberi. Menerusi babak tersebut, mereka turut diminta menyanyikan single masing-masing iaitu Ku Ikhlaskan dan Hujan.
Semoga gandingan kali ini dapat mengeratkan kembali hubungan mereka berdua. - CARI |
prince_marhaen replied at 9-8-2022 04:30 PM
butoooooooo dapat offer tak tahu skrip, tak tahu sparing, tak tahu jalan cerita....butooooooo! Cakap ...
prince_marhaen replied at 9-8-2022 04:30 PM
butoooooooo dapat offer tak tahu skrip, tak tahu sparing, tak tahu jalan cerita....butooooooo! Cakap ...
KamikuP replied at 9-8-2022 04:19 PM
B - O - N - G- O - K nya berita ini
ADVERTISEMENT