CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Ada Ramai Peminat, The Gadys Mantapkan Vokal Dan Persembahan

9-8-2022 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2532| Komen: 16

Description: Anggota kumpulan The Gadys, Nelissa Nizam memaklumkan mereka kini giat berlatih untuk memantapkan vokal dan persembahan.
Anggota kumpulan The Gadys, Nelissa Nizam memaklumkan mereka kini giat berlatih untuk memantapkan vokal dan persembahan.

Nelissa atau Nel, yang juga pelakon berkata, mereka bergerak dengan baik dan akan tampil dengan single sulung pada bulan ini.

Foto: IG

"Boleh dikatakan kami berada di landasan yang betul sekarang kerana sudah dikenali dan mempunyai peminat.

"Setakat ini, The Gadys hanya tampil dengan pre debut Gadys Raya ciptaan Romeo, Glow Rush, Nick Ariff dan Acap Salim.



"Agak mengejutkan apabila kami berjaya meraih 2 juta tanda suka di TikTok, manakala video di YouTube mencatat 514,000 tontonan," katanya.

Menurutnya, untuk kumpulan yang baru hendak menapak dan belum dikenali, ia satu perkembangan positif dan dinantikan mereka.



Selain Nelissa, The Gadys turut dianggotai oleh Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini.

Keempat-empat mereka adalah kenalan dan rakan di bidang lakonan dan ada di antaranya adalah rakan satu universiti. Hubungan mereka menjadi akrab selepas program game show yang dikenali sebagai The Next My Star pada 2020.




Lagu Gadys Raya sebelum ini dimuatkan di semua platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX dan Deezer serta muzik video di YouTube The Gadys. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aemon 9-8-2022 01:51 PM
ayda mat aris 2.0?muka dah la sama
Quote prince_marhaen 9-8-2022 02:00 PM
gaya & dressing masing-masing dah macam 'tak gadis' jek....yihhh!
Quote cikatilia 9-8-2022 02:44 PM
sora hauk lah
Quote mesmerize 9-8-2022 03:14 PM
nelisa ni yg berlakon drama pukul 10 malam dengan zularifin tu kan.. boring citer tu terjerit2 aje ai dengar.. ai bukak tv sambil tido so kekadang terjaga tido sebab dengar diorang menjerit berebut jantan
Quote MsKathryn 9-8-2022 03:51 PM
Terganggu tgk hidung n bibir nelisa agak besar  dlm drama jam 10 tarik aku ke syurga tu
Quote BoLapciOus 9-8-2022 04:01 PM
haah..tgk dia ngan zul ripin tu cam xseswai plak..cam xsaited nk menengoknya..
Quote Carcosa 9-8-2022 04:15 PM
Kenapa ada penampakan Aida Jebat di situ?
Quote lolita737 9-8-2022 04:21 PM
ala2..macam2 la sekarang.. rosak industri hiburan malaysia..
Quote kaedahnya 9-8-2022 08:14 PM
vibe vibe res2, msteen gitu la.
dolla tetap di hati tibahh.
Quote kitmal 9-8-2022 08:24 PM
kena tukar imej dan penampilan.........setuju kalau orang kata ada vibe res2 ...tak nampak mendunia
Quote intan244 9-8-2022 10:33 PM
cam kertu ja. debut kena belasan
Quote gerbera.memopad 9-8-2022 11:16 PM
Sana sini la orang pakai crop top ni kan. Back in fashion betul.
Quote AcikBuncit 10-8-2022 01:05 AM
kurang sedap mata memandang, kurang enak telinga mendengar... Dua2 xda.. Girl group zman skg ni dolla je yg menjadi rsenya
Quote nanasno 10-8-2022 10:21 AM
menari tiktok pun macam tak bermaya je. dolla better
Quote Miranda43 19-4-2023 10:42 AM
Their visuals are really good and suitable for idols, letter boxed I'm looking forward to their future products
Quote Ahriman 19-4-2023 03:03 PM
Vibe rempit sangat..hahaha

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.061454 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top