CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Chef Wan Tak Suka Gelaran Chef Nombor 1 Negara

9-8-2022 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1556| Komen: 6

Description: Chef Wan berkongsi sebuah gambar yang memaparkan papan iklan dirinya mempromosi sebuah pusat membeli-belah.
Chef Wan berkongsi sebuah gambar yang memaparkan papan iklan dirinya mempromosi sebuah pusat membeli-belah. 

Gambar tersebut dikongsikan oleh rakannta sendiri, dan dipercayai iklan tersebut terletak di Jonker Street, Melaka.

Foto: IG

Yang menjadi isu dan perhatian Chef Wan adalah perkataan yang dipampangkan di dalam iklan tersebut, membuatkan dia berasa malu dan menganggap ayat tersebut seperti agak keterlaluan serta tidak perlu dicanang sebegitu.

“Terus-terang cakap, saya tidak suka dengan perkataan nombor 1 negara. Kenapa lah PR semua letak ayat macam tu ia hanya memalukan saya.


Lebih dari 30 tahun dalam industri ini, macam juga orang sibuk tanya kenapa tak guna Datuk dan Doktrate depan itu pun kerap berlaku.



Pada saya dah dapat sudah lah.. Tak perlu nak canang berlebih-lebihan sangat. Mereka semua dah tahu. Kalau mereka tak tahu pun, ianya tak penting pun bagi saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Chef Wan mengatakan dalam coretanya bahawa untuk iklan akan datang pihak yang terlibat perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang iklan.



“Akan datang nak keluarkan iklan seperti ini mesti rujuk kepada saya untuk kebenaran. Saya bukan nombor 1 tetapi saya hanya Chef Wan.” 

Melihat dalam entri terakhir yang ditulis Chef Wan, dia beranggapan gambar dirinya dan restoran sudah memadai dalam sesebuah iklan.

Melihat hantaran yang dikongsikan cef terkenal ini, rata-rata ramai yang meluahkan rasa kagum dan menyanjungi sikap merendah diri Chef Wan.


“Sebab tu saya memang hormat dengan Datuk Chef Wan. Datuk sangat merendah diri. Orang yang hebat tidak perlu hebah semua ini.”

“Bagi kami, Datuk adalah cef legenda. Suka Datuk sejak zaman budak-budak.”

“Datuk, anda seorang ahli perniagaan yang merendah diri.” 


“Benar apa yang anda katakan cef. Gelaran Chef Wan sememangnya lebih besar dari Datuk. Nama itu sendiri dah dikenali.”

“Chef Wan, cef kesayangan rakyat Malaysia.”

“Sikap merendah diri andalah yang membawa anda di tahap anda berada sekarang ini.” 

Dengan sikap merendah diri sedemikian, tidak hairanlah Chef Wan sentiasa disayangi dan disanjung ramai rakyat Malaysia. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 9-8-2022 12:44 PM
Pi saman tok wan....

Kahkahkahkah
Quote whitecat 9-8-2022 12:53 PM
Doctorate tu pun mana boleh pakai. Ijazah kehormat je, bukan betul2 dia study dan dapat Phd utk pakai gelaran Dr tu di luar
Quote KamikuP 9-8-2022 03:23 PM
Ye kamu je yg betoi cep one yg kuat sentap dan ig penuh follow golongan lgbtq
Quote reporter_kalut 9-8-2022 07:31 PM
Halah Halah.. Masak sedap ke tu?
Quote Rogue98 9-8-2022 07:50 PM
Banyak air liur jer keluar chef no 1 apanye...
Quote Mopiko 9-8-2022 09:19 PM
Rogue98 replied at 9-8-2022 07:50 PM
Banyak air liur jer keluar chef no 1 apanye...

Adoi sakit perut tapi tu lah rasanya zaman dia media sosial tak ada.tv pun fokus dia je .lain2 chef tak dapat coverage sangat

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.048753 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top