CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Agak Bloated,"-Amelina Dikecam Pakai Baju Mencolok Mata

9-8-2022 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5648| Komen: 33

Description: "Saya mohon maaf sekiranya pemakaian saya melukakan hati mana-mana pihak."
"Saya mohon maaf sekiranya pemakaian saya melukakan hati mana-mana pihak."

Demikian kata penyanyi dangdut, Amelina mengulas komen serta mesej berbaur kecaman daripada netizen mengenai pakaian yang dipakainya ketika membuat persembahan di satu acara bertempat di Kuantan, Pahang, pada Sabtu lalu.


Foto: IG

Amelina ketika dihubungi berkata, dia tidak menjangka pakaian itu dianggap mencolok mata oleh sesetengah pihak sedangkan dia sendiri berasakan bahawa ia adalah pakaian yang sesuai dengan acara dan genre lagunya.

"Saya mohon maaf kepada peminat dan kepada mereka yang mengecam. Baju yang saya pakai itu sebenarnya labuh, ditambah pula, saya kenakan dengan kasut but. Tapi, mungkin sewaktu saya bergerak dan berjoget, ada bahagian yang nampak terdedah.


"Saya juga agak 'bloated' (kembung perut) kerana dalam seminggu ini, badan saya tak berapa sihat. Jadi, mungkin disebabkan itu ada bahagian yang nampak menonjol.



"Lagi satu, setiap pakaian yang saya kenakan adalah bersesuaian dengan genre muzik yang saya bawakan selain sesuai dengan acara persembahan pada waktu siang," katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi lagu Rindu itu bagaimanapun pasrah dengan setiap yang berlaku kerana dalam dunia media sosial, semuanya tersebar dengan begitu mudah.



"Zaman sekarang kena berhati-hati. Kadang-kadang, bukanlah kita tersalah langkah atau apa sebab kita dah rasa semuanya okay, cumanya, manusia lain akan cuba 'korek' dan mencari kesalahan. Jadi, saya pasrah sahaja sekiranya itu sudah menjadi sikap manusia," katanya.

Menurutnya, dia pernah tampil dengan gaya yang lebih 'simple', namun, dilemparkan pula dengan kata-kata yang menganggapnya sebagai artis selekeh.

"Ketika buat kemunculan semula beberapa tahun lalu, saya pernah dilabel sebagai selekeh. Pada ketika itu, saya menjalani kehidupan sebagai suri rumah tangga sepenuh masa, dan bila masuk semula ke dalam industri, saya memang tampil 'simple'.



"Jadi, apa yang boleh saya katakan, bila bekerja, saya akan tampil dengan penampilan terbaik kerana saya mahu bayaran yang saya terima itu, setimpal dengan penampilan saya.

"Bila di rumah, kita pakai pakaian yang lebih 'simple'. Bila bekerja, kita masuk dalam karakter yang lebih bergaya, tak kisahlah kamu artis atau pun kerja sebagai kerani sekalipun. Semua orang ingin tampil bergaya," katanya.



Komen-komen pedas dilemparkan kepada Amelina di satu akaun pengguna media sosial sekali gus membuatkan namanya menjadi sasaran netizen dan dianggap terlalu seksi.

"Di Instagram dan TikTok saya iaitu @amelinaamirsharipuddin, tak banyak yang kecam sebab kebanyakannya peminat saya. Tapi, bila ada satu individu yang kongsikan di media sosialnya, ruangan komen menjadi tempat netizen menulis kecaman dan komen negatif mengenai saya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kaktusmati 9-8-2022 05:09 PM
apa la nak dikisahkan. kalau dia boleh pakai macam tu maksudnya dia tak heran pun orang tengok buah buah dia.. bukan dia takde cermin.
Quote naina 9-8-2022 05:16 PM
Makcik ni umur berapa? Pakaian tu tak labuh..untuk umur dia agak seksi le makcik. Tapi suka hati kolah
Quote imransulaiman 9-8-2022 06:05 PM
Haiza tu boleh je berdangdut ala sopan.. Kenapa dia tak boleh? Dia ni sama dengan Ani Mayuni..
Quote cheezel 9-8-2022 06:32 PM
Balik2 sibuk aurat org. Semak betul
Quote spankee_fili 10-8-2022 07:14 AM
Kalau lagi dangdut pakai baju labuh longgar bergelek mana nak masuk ye idok?
Music rancak takkan nak keras mematung tengah stage
Quote bulalof 10-8-2022 07:47 AM
apalah yg nak diharapkan pd golongan camni?
Quote asfaz 10-8-2022 08:07 AM
imransulaiman replied at 9-8-2022 06:05 PM
Haiza tu boleh je berdangdut ala sopan.. Kenapa dia tak boleh? Dia ni sama dengan Ani Mayuni..

Bekas adik ipar tk jadi
Quote dudaberhias 10-8-2022 08:18 AM
Tak paham yang kecam pun. Dah tentu2 sheols penyanyi dangdut. Dah tu takkan la nak pakai jubah ke burqa afghan nyah. Dari korang sibuk tengok kopek layut acik amelina ni baik la banyakkan tengok ceramah. Ni hujung2 ko buka insta pergi tengok kopek layut warga emas tak ke sendiri yang cari dosa. Kenapa la ramai manusia bodoh di zaman 2022 ni, patut la asyik kena tipu dek macau scam, lepastu kena pedajal jadi agen kambus inai derhaka oleh makhluk nampak dua bijik mata. Adan uker.
Quote shahirakay 10-8-2022 08:28 AM
jelas terlihat bayang korset kak long
Quote black_handbag 10-8-2022 08:28 AM
berapa umur acik ni? kesian dah tua2 tu kena bergelek lagi depan org tayang badan, tayang buah, tayang babat. patut umur gini tutup2 la apa patut. demi sesuap nasi ye. dah ini je jalan paling senang sheols nak dpt duit
Quote AKAZ85 10-8-2022 09:05 AM
Dah tua bangka dah acik2 oii.. Bawak2 laa sedar diri...
Quote jalfa 10-8-2022 09:13 AM
Benda dah nak masuk muzium pon korang kesah lagi
Quote Huwanadam 10-8-2022 09:17 AM
Aku g konsert jelajah suria baru ni.. Baju die pakai mmg agak seksi lah tapi sesuai la ngan die nyanyi dangdut tu.. Seksi sbb ketat je kot..pada mata aku ni ok2 je pakaian die tu pada hari itu
Quote bottombikini 10-8-2022 09:26 AM
bayangkan kalo takde corset
Quote Cpkay 10-8-2022 09:26 AM
shahirakay replied at 10-8-2022 08:28 AM
jelas terlihat bayang korset kak long

rasanya korset tu yang nampakkan lagi "bloated" tu .
Quote _blackbird 10-8-2022 10:14 AM
yg kecam ni merepek. dah penyanyi pastu dia tgh buat performance lak tu, lantak pi lah nak pakai baju seksi ke seksa ke pelik apa ada hal. nak tgk yg berbungkus memanjang gi la tgk tilawah al quran
Quote DianaSaksen 10-8-2022 10:20 AM
Dah nama nya penyanyi dangdut setan...
Takkan nak pakai jubah berniqab
Pakai kasut tongkol 7 inci bergelek
Quote elzy 10-8-2022 11:16 AM
Bagi chance laa makcik cari pendapatan semula.. tapi malangnya makcik terlupa pula dengan peredaran zaman..
Quote achinto 10-8-2022 11:32 AM
takkan lah penyanyi dangdut nak perform pakai jubah, berniqab plak nyahhhhh.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.120845 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top