Semasa di fasa awal kelahiran, sudah pasti para ibu akan berhati-hati selain menumpukan sepenuh perhatian dalam menjaga bayi mereka.
Malah, pemakaian seperti stoking, sarung tangan dan sebagainya sering menjadi pilihan untuk memberikan keselesaan kepada anak. Begitu jugalah yang diamalkan oleh ibu kepada wanita ini, namun terjadi pula sedikit kecuaian sehingga mendatangkan kesan sampai ke hari ini. Menerusi perkongsian Wulan Dira di TikTok, dia menunjukkan jari tengahnya yang tidak sempurna.
Namun, apa yang mengejutkan adalah keadaan itu rupa-rupanya terjadi akibat pemakaian sarung tangan semasa bayi apabila sarung tangannya tidak dibuka selama tiga hari. Hal itu menyebabkan dia menangis sehingga si ibu mula panik kerana tidak tahu akan puncanya. Sebaik sarung tangannya dibuka, alangkah terkejut ibunya apabila mendapati jari tengah Wulan sudah terlilit dengan benang sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen simpati dengan nasib wanita berkenaan. Malah, ramai bersetuju dengan risiko memakaikan sarung tangan pada bayi selain berharap peristiwa ini mampu menjadi iktibar buat para ibu lain. Sumber: Kisah Dunia
|
eyansss replied at 6-8-2022 12:30 AM
jap… mak ko tak mandikan ko ke sepanjang 3 hari tu?
ADVERTISEMENT