Tular kebodohan seorang wanita baru-baru ini apabila dia cuba menularkan kesalahan seorang pemilik kereta yang dikatakan telah 'menyusahkan' dirinya. Menerusi perkongsian pengguna Twitter dikenali sebagai Sid Razali, dia memuat naik tangkap layar hantaran wanita berkenaan di Facebook yang kecewa dengan 'sikap penting diri' pemandu berkenaan. Kata wanita itu, pemilik kereta dengan nombor pendaftaran BGW9869 yang meletakkan kereta di belakang kenderaannya terlalu rapat sehingga menyukarkan dia untuk memasukkan barang ke dalam bonet. "Lain kali, sila periksa terlebih dahulu sebelum meninggalkan petak parkir," pesannya.
Bagaimanapun, tindakannya cuba menularkan kesalahan pemilik kenderaan itu memakan diri sendiri apabila kecaman netizen yang diterimanya. Rata-rata warganet tidak bersetuju dengan pandangan wanita itu kerana ia tidak wajar ditularkan, malah hal berkenaan boleh diselesaikan sendiri tanpa perlu diperbesarkan isunya. Pun begitu, ada juga mempersoalkan pemandu yang gemar meletakkan kereta dengan cara reverse park. Tak boleh ke dia letak dulu bayi yang sedang tidur itu di dalam kereta sebelum memasukkan barang-barang? Paling kurang pun, masuklah sekejap dan alihkan kereta ke hadapan sedikit supaya diri sendiri selesa dan tidak sakit hati. - CARI
|
orkid_amani replied at 4-8-2022 11:54 AM
Aii kalau p shopping groceries mmg xdaknya nk reverse parking..mmg bontot dok luaq. Susah la nk angk ...
Samerosie replied at 4-8-2022 12:07 PM
Betul tu. Nak tolak trolley tepi kereta nak ke boot pun susah. Kalau I pergi sensorang dan tak b ...
syamzana replied at 4-8-2022 12:20 PM
iols tgk artikel tu pelik napa ckp pompuan ni bodoh.ekekekee.
baca komen2 tu baru la....rupanya mmg ...
ADVERTISEMENT