CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sanggup Bayar Yuran Bulanan Sekolah RM1400 Sebulan, Ibu Datang Ambil Anak Naik Wira "Usang" Je

4-8-2022 05:48 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5743| Komen: 115

Description: Perkongsian seorang pengguna Facebook mengenai kisah ibu bapa yang lebih mengutamakan pendidikan anak mereka hingga sanggup membayar yuran yang mahal setiap bulan kini menjadi bualan rancak para netiz ...



Perkongsian seorang pengguna Facebook mengenai kisah ibu bapa yang lebih mengutamakan pendidikan anak mereka hingga sanggup membayar yuran yang mahal setiap bulan kini menjadi bualan rancak para netizen.

Melalui perkongsian Azizie Ar yang memuat naik gambar momen seorang ibu sedang mengambil anaknya pulang dari sekolah dengan hanya menaiki sebuah Proton Wira yang kelihatan usang, sedangkan anaknya bersekolah di sekolah swasta dan yuran bulanan mencecah hampir RM1500 sebulan.



"Nampak parents ni ambil anak dia kt sekolah. Ni salah sorang kawan dyan dekat sekolah, parents datang ambil naik wira je, tapi mampu bayar yuran bulanan sekolah ada RM1400+ sebulan."

"Disaat org lain bayar bulanan kereta besar, rumah besar tp dia memilih sekolah yg terbaik utk anak. Idk how struggle parents utk bayar yuran anak."

"Besar pengorbanan ibu ayah kita kalau dikenangkan. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kita sebagai ibu dan ayah utk besarkan anak2" kata Azizie.


Disebalik kisah meruntun hati tentang pengorbanan ibu bapa ini yang lebih mengutamakan pendidikan anaknya dari kehendak dirinya, sesetengah netizen juga tidak bersetuju jika tahap kewangan seseorang diukur melalui jenis kenderaan yang dipakai.




Namun sejauh mana kebenaran tentang tahap kewangan ibu bapa pelajar ini hanya mereka saja yang tahu. Apa yang penting sebagai ibu bapa, pendidikan anak-anak jangan kita abaikan demi masa depan mereka kelak. Apa pula pandangan anda? - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_ctrl 4-8-2022 05:59 PM

adoi apa punya pemikiran lah.. ingat semua orang berduit suka pakai kereta mahal ke. contoh tokey2 restoran..pasar malam.duit berkepuk tapi suka naik kereta lama untuk daily. tapi pergi lah tengok rumah dorang ada apa
Quote Potpouri 4-8-2022 06:16 PM
Haha.. kelakar betul. Kalau kaya mesti kena ada kereta hebat ke? Ramai aku jumpa orang banyak duit tapi naik kereta lama or buruk je.

Ntah2 duit ada sejuta dalam akaun tu.
Quote Suchi 4-8-2022 06:22 PM
Mamat ni menilai orang je kejenya,
Keta wira buruk - tkde duit
Hantar sekolah swasta mahal - mak pak yg bagus sanggup berkorban demi yg terbaik buat anak.
Quote faraway1 4-8-2022 06:23 PM
Entah hari tu Mercedes Benz rosak, tuan bengkel kasi pinjam wira pi ambil anak..
Quote makadek 4-8-2022 06:24 PM
cmf_ctrl replied at 4-8-2022 05:59 PM
adoi apa punya pemikiran lah.. ingat semua orang berduit suka pakai kereta mahal ke. contoh tokey2  ...

Sama spesis org tmpt aku kereta biasa2
Org kg tp duit berkepuk jiran2 yg asnaf tu kira makan tak habis la diorg rajin memberi
Quote Kitty_catz 4-8-2022 06:26 PM
biasa la mentality mulayu... suka judge social status  atas keta apa org tu bawak, senang betul cop orang tu tak mampo... apoooo

dats y MO sifu2 ailio bashi, anak2 didik ailio bashi, ponder2 timbang kilo, sifu forex, geng2 MLM, geng2 insurance agent jadah tu mesti nak tanyang keta.sebab senang betul nak pancing minda orang sebegini

pekat tu sila la campo air  


Quote vespa_oren 4-8-2022 06:26 PM
anak dia sekolah mna mahal pula yuran
Quote mrsbale 4-8-2022 06:29 PM
Padahal nk bgtau kaum kerabat dia kat fb berapa yuran sekolah anak dia.
Pffff. Low class mentality.
Quote matamata 4-8-2022 06:31 PM
Warren Buffet ka apa nama dia... Tak pakai mesudis pun... Pakai kereta biasa2 je drive sendiri
Quote mojarean_X 4-8-2022 06:31 PM
mrsbale replied at 4-8-2022 06:29 PM
Padahal nk bgtau kaum kerabat dia kat fb berapa yuran sekolah anak dia.
Pffff. Low class mentality.  ...

Haha....kan
Quote batmana 4-8-2022 06:41 PM
wartawan ni baru keluar gua agaknya

jarang bergaul dgn org T20, T10, T5 bagai
ramai je org kaya pakai kete biasa2

ada tmpt aku, pengusaha makanan kampung, ada kilang, income bulanan bersih, lebih rm1juta sebulan.. tapi ulang alik pi keje, pi anta anak gune kete kancil je kt kg.
Quote sharlenetexas 4-8-2022 06:49 PM
Elok la tu banding dgn bergaya sakan dgn kereta sport sewa/pinjam. Lepas sebulan dua nak jusl sbb boring katanya

Asalkan bukan biar papa asal bergaya


Quote Hikariful 4-8-2022 06:51 PM
dlm fb ada yang kata anak dia sekolah pendidikan khas.. entahla betul ke tidak.. terbaca tadi
Quote edayildiz 4-8-2022 06:52 PM
kg.com nya la dk ingt semua org kaya palao kereta mewah..ade jer la org berduit tp xsuka keta baru..
mayb bukan jutawan tp berduit la..adoii sibuk netizen ni..semua nk ulas
Quote mojarean_X 4-8-2022 06:53 PM
Dah 2022 pun pemikiran mcm 1990s.
Quote Hikariful 4-8-2022 06:54 PM
anak2 i pun sekolah intenational school.. ada je parents pakai kereta biasa2 bila hantar anak... termasukla i
Quote Flake123 4-8-2022 06:54 PM
Ntah2 transporter je
Quote ultra78 4-8-2022 06:56 PM
Azizie Ar pula pakai kereta apa?

Quote VespaSilbe 4-8-2022 07:00 PM
Syed Mokhtar pun pakai perdana je.. dia kata selesa..

Lihat semua komen(115)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.075921 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top