|
Sufian Suhaimi akur apabila kisah peribadi sering menjadi perhatian ramai termasuklah gosip kononnya dia sedang bahagia bercinta.
Terbaharu, tular sekeping foto memperlihatkan dirinya sedang makan bersama seorang wanita yang tersebar di laman sosial. Mengesahkan dirinya masih belum berpunya, Sufian, 30, bagaimanapun berkata dia mula terfikir untuk mencari pasangan hidup memandangkan usia semakin meningkat. "Kehidupan saya sama sahaja. Saya keluar dengan kawan perempuan dan kebetulan ada satu gambar dirakamkan menjadi viral. Itu asam garam dunia hiburan. Apa boleh buat, terpaksa hadap sahaja.
"Sekarang ini tidaklah terlalu untuk mencari pasangan. Namun ada juga terfikir-fikir memandang usia sudah masuk 30-an dan ramai kawan-kawan sudah berkahwin," katanya kepada mStar. Sufian ditemui ketika sidang media Innai Nunha yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Terlibat secara langsung dalam bahagian pengurusan produk keluaran Neelofa itu, Sufian yang juga mempunyai perniagaan sendiri memberitahu dia lebih selesa untuk tidak terlalu menyerlahkan diri sebagai seorang usahawan.
|
KBW2 replied at 4-8-2022 11:29 AM
Lohh so produk innai kuku berok ni ko terlibat sekali ke?
tootii replied at 4-8-2022 06:25 AM
dia ngan yasmin tu dulu dah putus ker ? or gimik semata-mata ?
xyah ikut org jawen kau nak kawen..xready xyah seksa anak org 
damian_lee replied at 4-8-2022 02:38 PM
kalau susah cari gepren
mungkin leh cuba cari bopren

damian_lee replied at 4-8-2022 02:38 PM
kalau susah cari gepren
mungkin leh cuba cari bopren

silampumeja replied at 4-8-2022 02:33 PM
Friendzone agaknya... Si piyan ni hopeless sgtlah i rasa.... Jenis yg auka nk numpang2... Nmpang g ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.444638 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.