Peguam Syarie, Nurul Izzah Zainol menerusi satu perkongsiannya di Facebook menceritakan luahan seorang wanita mendedahkan sikap kedekut bekas suaminya yang enggan memberi wang tambahan kepada pengasuh.
Rupa-rupanya, lelaki itu sudah bahagia berkahwin dengan wanita lain! Menurut wanita berasal Sabah itu, dia sanggup berkorban untuk tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa demi menjaga empat cahaya mata. Walau bagaimanapun, jodoh bersama suaminya tidak panjang. Hendak dijadikan cerita, wanita berkenaan mula mencari pekerjaan, namun agak sukar kerana anak-anak masih kecil.
Berkat kesabaran, akhirnya dia berjaya mendapat tawaran temu duga lalu meminta bekas suaminya wang tambahan untuk menghantar empat anak mereka di bawah jagaan pengasuh, namun lelaki terbabit enggan melakukannya. "Dia tak pergi interview dan terlepas peluang pekerjaan. Duit simpanan sendiri tiada sebab tak pernah kerja. "Tup-tup, 2 hari lepas menikah baru, bini baru, hidup baru. Dia? Masih struggle dengan kesempitan hidup, dilema mencari kerja yang sesuai dengan nak membesarkan anak-anak seorang diri, dan jauh pula dari keluarga," ujar Nurul Izzah. Namun, apa yang mengejutkan adalah dia mendapat berita bahawa bekas suaminya itu sudah berkahwin baharu sedangkan dirinya bersusah payah untuk menjaga anak-anak dengan kesempitan hidup. Sementara itu, Peguam Syarie, Nurul Izzah sempat menitipkan nasihat agar jangan mengalah dalam kehidupan terutamanya dalam kerjaya serta perlu mementingkan diri untuk kebaikan diri sendiri. Sumber: OHBulan |
msdummy.2018 replied at 4-8-2022 10:48 AM
Keh2..nmpk? Suami boleh replace isteri anytime when they wanted...sheshuaiii
tumpanglalu74 replied at 4-8-2022 10:57 AM
Onglaki bila berduit lebey jarang sekali yang nak belanje bini. Makin banyak anak makin dia takot ...
chinta89 replied at 4-8-2022 11:43 AM
kdg2 risau tgk org post whatsapp/fb n mana2 socmed "hina ke jadi surirumah" pdhal org x mengata pun. ...
chinta89 replied at 4-8-2022 11:43 AM
kdg2 risau tgk org post whatsapp/fb n mana2 socmed "hina ke jadi surirumah" pdhal org x mengata pun. ...
tumpanglalu74 replied at 4-8-2022 07:25 PM
Pegang ni 1 je. Kalo laki suroh terjun lombong, maka terjun la dikau.. Gitu?
Lain la laki ko be ...
ADVERTISEMENT