CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

16 Hektar Padang Rumput Terbakar Angkara Seekor Labah-labah

4-8-2022 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1581| Komen: 0

Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) secara tidak sengaja mencetuskan satu kebakaran besar berhampiran Springville, Utah selepas cuba membakar seekor labah-labah, lapor akhbar Daily Star semalam. 


Kebakaran hutan yang memusnahkan lebih 16.18 hektar padang rumput itu berlaku sejurus sebelum pukul 5 petang (waktu tempatan), Isnin lalu.


CBS News

Pegawai berkata, kebakaran itu terlalu besar untuk dikendalikan oleh anggota bomba tempatan, justeru, ia mendapat bantuan beberapa jabatan berdekatan.

Pejabat Syerif Daerah Utah berkata, seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki memulakan kebakaran itu memberitahu bahawa dia telah menggunakan pemetik api untuk membakar seekor labah-labah.


Selepas ditahan, pemeriksaan terhadap barang-barang suspek menemui ganja dan peralatan dadah yang berkaitan di dalam beg galasnya.

Lelaki itu kini sedang menunggu perbicaraan mahkamah atas tuduhan memiliki dadah dan membakar secara melulu. 

“Kami tidak tahu mengapa dia berbuat sedemikian. Dia telah ditangkap dan kini ditahan di penjara atas pertuduhan berkaitan kebakaran,” kata Sarjan Spencer Cannon kepada stesen berita tempatan, KSL. 


Sumber: Kosmo

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.143745 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top