Kebiasaannya kes simbahan cat merah pada kereta atau rumah sinonim dengan sindiket Ah Long bagi tujuan menakut-nakutkan mangsa.
Berbeza dengan nasib penghuni rumah di sebuah pangsapuri ini apabila dinding rumahnya disembur cat berwarna ungu yang tertera perkataan 'rumah suka bising'. Situasi berkenaan dikongsikan menerusi satu video dimuat naik pengguna TikTok yang juga ejen hartanah, Muhammad Ridwan Ibrahim @ Zahari semasa berkunjung ke rumah pelanggannya di sebuah pangsapuri di Sungai Chua, Kajang, Selangor pada Isnin. Pemuda berusia 30 tahun itu berkata, pelanggannya yang tinggal berhampiran rumah semburan cat ungu berkenaan merancang untuk menjual unitnya dan kehadirannya pula adalah bagi melakukan pemeriksaan sebelum mencari bakal pembeli.
"Klien saya tinggal berjiran dengan rumah yang kena spray (sembur). Masa di luar rumah, saya terdengar bunyi bising dan tercari-cari punca daripada mana ia datang. "Kemudian saya dengar bunyi bising tu dari rumah seorang jiran. Masa tu baru pukul 11.30 pagi. Patutlah rumah tu kena spray, memang bising," katanya kepada mStar. Berpengalaman sebagai ejen hartanah selama tiga tahun, Ridwan berkongsi rasa simpati terhadap jiran-jiran sekeliling termasuk pelanggannya yang terpaksa menahan diri daripada bunyi bising seperti itu. "Selain buat pemeriksaan dalam rumah, saya juga buat rondaan di kawasan sekitar untuk lihat keadaan perumahan dan kemudahan parkir. "Apabila datang dekat rumah bising tu, saya sangka orang bujang tinggal. Tapi ia dihuni satu keluarga sebab boleh dengar suara kanak-kanak," ujarnya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Menurut bapa kepada dua anak itu, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku yang melibatkan rumah jiran bising ketika melakukan pemeriksaan. "Pernah sekali di flat di Cheras, saya sedang bawa potential buyer untuk tinjau sebuah rumah. Baru nak naik tangga, kami dah boleh dengan bunyi bising lagu yang dipasang sangat kuat. "Potential buyer kemudian tak berminat untuk beli. Walaupun tak diberitahu puncanya, tapi berdasarkan pengalaman, salah satu sebab kerana bunyi bising daripada rumah jiran. "Sebagai ejen, ada selling value untuk jual rumah. Selain kemudahan, aspek ketenangan juga penting. Macam mana buyer nak hadap 10 atau 20 tahun lagi kalau bunyi bising berterusan. Pemilik pun susah nak jual rumah kalau jiran suka buat bising," tambahnya. Malah kata Ridwan, dia menyedari rumah pelanggannya di Kajang melakukan pengubahsuaian dengan pemasangan pintu dan tingkap yang lebih kedap bunyi. "Sepatutnya apabila hidup di kawasan perumahan berstrata, kena ada common sense dan respect jiran. Kalau jiran tak tahan bunyi bising, akan jadi macam ni la sampai rumah kena spray. "Tapi saya rasa penghuni 'Rumah Suka Bising' tu memang jenis keras hati dan tak peduli. Sebabnya rumah dah kena spray pun masih tetap buat bising," ujarnya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan perasaan geram mereka yang pernah berdepan situasi sama membabitkan jiran. "Kenapa dia tengok televisyen macam orang pekak? Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40 "Bukan setakat flat, rumah teres pun ada macam ni. Buka radio, main alarm kereta sampai nak satu taman dengar! "Aku ada jiran yang jenis terpekik terlolong marah anak setiap masa, sangat mengganggu kehidupan seharian," kata beberapa netizen. Bagaimanapun Ridwan menolak persepsi segelintir netizen di ruangan komen yang melabelkan tindakan penghuni rumah flat tersebut sebagai mentaliti golongan B40. "Tak boleh nak salahkan golongan B40, sebenarnya ini sikap individu. Ada je rumah landed yang dihuni M40 pun buat bising sehingga mengganggu jiran-jiran. "Tapi disebabkan sikap individu yang tak ada common sense inilah memburukkan golongan B40. Individu itu sendiri yang perlu ubah dirinya, bukan komuniti sekeliling," katanya. Sumber: mStar
|
jalfa replied at 4-8-2022 09:39 AM
Cuba berjiran dgn kelly..dua kali berjiran dgn geng chola memang mereng sukanpasang radio tv ku ...
jalfa replied at 4-8-2022 09:39 AM
Cuba berjiran dgn kelly..dua kali berjiran dgn geng chola memang mereng sukanpasang radio tv ku ...
ADVERTISEMENT