Perancangan perlaksanaan akta baharu bagi Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok untuk dasar ‘Generational End Game’ (GEG) sedang giat dilaksanakan.
Beberapa selebriti turut tampil menyokong perlaksanaan GEG dalam usaha untuk menamatkan generasi merokok dalam kalangan rakyat. Mawi juga turut tampil ke hadapan dalam kempen menyampaikan pesanan tentang kemudaratan menghisap rokok kepada manusia. Namun begitu, ada ramai yang mengkritik pemilihan Mawi sebagai salah satu muka kempen disebabkan dia pernah dikecam mempromosikan produk minuman yang didakwa ‘overclaim’.
"Ni Mawi yang promosi jus ****** tu ke? Tak kan la KKM tak pilih orang dulu?", komen netizen. Ada juga yang mempersoalkan bayaran yang diberi kepada selebriti bagi kempen GEG ini yang dilihat seperti tergesa-gesa dalam perlaksanaannya. -CARI
|
ADVERTISEMENT