"Soal bayaran saya 'no comment'". Itu respons ringkas pelawak terkenal Johan ketika ditanya penghijrahannya ke stesen radio Hot FM dibayar dengan jumlah tinggi yang didakwa mencecah RM500,000.
Bagaimanapun, Johan, 38, yang mengendalikan segmen pagi, Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat bersama AG dan Fara Fauzana mengakui dia bekerja untuk duit. "Saya bekerja untuk duit, untuk anak bini saya. Sebelum ini bekerja sendiri, apabila mati saya tak tinggalkan apa-apa, cuma tinggalkan tanah perkuburan saja. Jadi, saya memang bekerja untuk duit. Saya memang akan pastikan orang bila dah bayar saya, berbaloi dengan hasil kerja saya. Sebab itu saya tak peduli, saya datang dengan 'barang' (pengalaman dan pengetahuan) saya, kita buat ini, buat itu. Minta maaf cakap, saya agak tegas dengan AG dan Fafau (Fara Fauzana).
"Saya pelawak, saya faham macam mana perbualan itu nak bagi menarik. Di mana nak 'punch line', siapa nak bawa 'story' itu, perkara ini saya bentangkan kepada mereka. Mereka adalah penyampai radio, saya satukan sebagai pelawak dengan penyampai radio supaya ia tak bertindih dan ia berjalan lancar," katanya. Menurut Johan yang sebelum ini berkhidmat selama 11 tahun menerusi segmen JoHaRa di stesen radio Era, antara faktor utama dia menerima tawaran diberikan adalah ingin menjadikan Hot FM stesen nombor satu.
|
cmf_PariS replied at 2-8-2022 02:17 PM
pesal baca mcm angkuh plak statement...
cmf_PariS replied at 2-8-2022 02:17 PM
pesal baca mcm angkuh plak statement...
cmf_PariS replied at 2-8-2022 02:17 PM
pesal baca mcm angkuh plak statement...
dudaberhias replied at 2-8-2022 07:42 AM
sebulan ke setahun?
tapi tetap la banyak kalau sebulan pun 41K+...
kira berbaloi la sebab siap ada k ...
pembacagosip replied at 2-8-2022 01:24 PM
jap gaji 500k sebulan ke? mohon pencerahan
ADVERTISEMENT