|
Menyedari pasang surut dunia seni dan demi kelangsungan hidup, pelakon Lan Siro bertukar angin mencuba bidang baharu bagi menampung perbelanjaan harian.
Selain mengusahakan kebun getah di kampungnya di Temerloh, Pahang, Lan atau nama sebenarnya Azlan Mokhtar, 40, juga mula berjinak-jinak dalam perniagaan menjual barangan bundle selain bekerjasama dengan beberapa orang rakan dalam projek penternakan kambing. Kata Lan, pekerjaan baharu yang dilakukan ini juga merupakan salah satu usahanya supaya tidak terlalu bergantung harap melalui pendapatan sebagai pelakon. "Kali terakhir saya terlibat dengan penggambaran adalah pada bulan Ramadan lalu. Sekarang ini kiranya lebih dua bulan tiada job jadi kenalah buat benda lain sebab kita tidak tahu sampai bila boleh berlakon.
"Di kampung ada sedikit kebun pokok getah saya usahakan namun hasilnya tidaklah banyak. Sekarang ini saya mula berjinak-jinak menjual barangan bundle. Selagi ada kudrat saya akan usaha buat apa sahaja. "Industri juga tidak menentu sekarang ini tapi saya tidak mahu cepat melatah atau salahkan mana-mana pihak kerana kurang mendapat tawaran," katanya kepda mStar.
|
Terkejut jugakla semalam lepas tahu heols baru bercerai. Iols syak masalah kewangan. Takpalah, itu yang terbaik untuk dia. Tak silap heols ada je bawak grab sebelum ni.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.343992 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.