CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 7597|Reply: 54

Kurang Job Berlakon- Lan Siro Toreh Getah, Jual Bundle Nak Tanggung Dua Anak Lepas Cerai

[Copy link]
Post time 1-8-2022 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Menyedari pasang surut dunia seni dan demi kelangsungan hidup, pelakon Lan Siro bertukar angin mencuba bidang baharu bagi menampung perbelanjaan harian.


Selain mengusahakan kebun getah di kampungnya di Temerloh, Pahang, Lan atau nama sebenarnya Azlan Mokhtar, 40, juga mula berjinak-jinak dalam perniagaan menjual barangan bundle selain bekerjasama dengan beberapa orang rakan dalam projek penternakan kambing.


Kata Lan, pekerjaan baharu yang dilakukan ini juga merupakan salah satu usahanya supaya tidak terlalu bergantung harap melalui pendapatan sebagai pelakon.


Foto: IG




"Kali terakhir saya terlibat dengan penggambaran adalah pada bulan Ramadan lalu. Sekarang ini kiranya lebih dua bulan tiada job jadi kenalah buat benda lain sebab kita tidak tahu sampai bila boleh berlakon.


"Di kampung ada sedikit kebun pokok getah saya usahakan namun hasilnya tidaklah banyak. Sekarang ini saya mula berjinak-jinak menjual barangan bundle. Selagi ada kudrat saya akan usaha buat apa sahaja.


"Industri juga tidak menentu sekarang ini tapi saya tidak mahu cepat melatah atau salahkan mana-mana pihak kerana kurang mendapat tawaran," katanya kepda mStar.




  



Dalam masa sama pelakon Abang Sado Jemur Kain ini juga mendedahkan dia perlu bekerja keras kerana mahu memberi nafkah kepada dua orang cahaya matanya selepas hampir dua tahun berpisah dengan bekas isteri.


Mengakui hidupnya kini tidaklah terlalu senang, namun Lan bersyukur kerana masih diberikan rezeki dan peluang untuk mencuba sesuatu baharu.




  



"Hampir dua tahun saya menduda dan anak-anak tinggal bersama bekas isteri. Sebagai bapa saya kena kuat bekerja dan beri duit untuk anak-anak yang sedang membesar. Walau dalam keadaan apa sekalipun saya perlu jalankan tanggungjawan sebagai ayah.


"Syukur sekarang ini tidaklah susah. Masih boleh hidup seperti biasa, cuma tidaklah senang. Kalau dahulu saya boleh bergantung kepada pendapatan dalam dunia seni, sekarang tidak lagi. Kena cekap mengatur perjalanan,” jelasnya.




  



Walaupun tawaran berlakon semakin perlahan, Lan berkata dia tetap akan meneruskan karier seni dan tidak pernah berputus asa mencari peluang.


"Saya tidak pernah tinggalkan dunia lakonan kerana minat yang mendalam. Tidak semua orang diberi peluang ini dan berlakon seakan-akan sudah menjadi makanan jiwa buat saya.




  



"Bukan lagi fikir soal glamor atau duit, tetapi saya anggap tanggungjawab untuk menjayakan watak supaya sampai kepada penonton.


"Mungkin suatu hari nanti saya tidak lagi berlakon dan akan terus terlibat dengan kerja belakang tabir. Ini adalah asam garam dunia seni dan terpulang kepada diri sendiri untuk terus bertahan,” ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 10:42 AM | Show all posts
kesian.. tapi harus dipuji kerana terus keep on fighting in a positive way... Moga Allah akan berikan rezeki yang melimpah ruah untuk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 11:00 AM | Show all posts
Ok je keje menyawit ni sementelah pulak rega sawit naik skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung ye ada tanah getah yang boleh diusahakan.. moga diberikan rezeki yang melimpah atas kerja keras anda. Bagus tak jadi scammer dan jual barang merapu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 11:20 AM | Show all posts
takpe la lan, awak berlakon memang x kayu tapi tu la mgkin rezeki berlakon tu kurang..asalkan bukan bewak urut pakai apps grindr cam sogay pagar x cukup tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 11:41 AM | Show all posts
taste kat heshe Terkejut jugakla semalam lepas tahu heols baru bercerai. Iols syak masalah kewangan. Takpalah, itu yang terbaik untuk dia. Tak silap heols ada je bawak grab sebelum ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni berlakon boleh tahan lawak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 12:25 PM | Show all posts
ok la tu ada jugak tanah getah..
plus bela ternakan bisnes bagus ye..
celah tanah getah tu kau buat la kandang..
tak payah fikir dah nak bela kat mana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 12:30 PM | Show all posts
drpd meminta2 netizen or meminta2 diberi job dalam lakonan jugak..
ni kira bagus dah terus pandai2kan diri buat kerja halal lain tanpa malu dan segan...
keep it up...
selalu perasan dia jadi watak jahat je.. tak samseng kampung, abg yg garang tak bagi adik dgn hero.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi mcm amerul afendi. Buat kerja kampung. Berlakon tu jadi hobi je. Amerul tu mostly film & indie drama je ambik dia, drama susah nak pergi sbb drama ni acik2 dgn adik2 nak tgk hero hensem je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm muka fairuz selamat
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 12:33 PM | Show all posts
3 words : daddy for hire

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 12:37 PM | Show all posts
byk sgt artis 1 hit wonder ni,

wa tak igt bila dia poplar..

pernah pergi open house raya tempohari, ada artis muda,  sedara wa yg muda sibok amikgambar,


wa dlm hati who are yus?

tp dia pn rendah diri orang nya, sy ni tak popular sgt...

mgkn dr kalangan orang muda dia poplar
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sementelah ada tanah tu tanamlah jugop pokok pisang. Buah dgn daun dua2 ada harga. Pisang lemak manis pahang is in demand & harga boleh tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
taman nenas pun bnyk hasil tuai nye…..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
elok sgt2 buat keje gitu. dari membiawak. mendadahkan diri. lebih baik gune kudrat buat keje menoreh. takde ape nk dimalukan. keje demi mencari duit.

dari dok harap dan hadap warge asing. baik lagi org tempatan meramaikan diri dlm sektor pertanian. harap nye lagi ramai anak muda mudi tak malu join si lan ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu. Dia ada usaha gk nk cari rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpala bro
Janji halal
Moga terus maju jaya
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sado nya. Kenapa tak laku pulak? Cuba la try keje sebalik tabir ke apa. Jadi pelakon ni memang gitu la masa top je banyak income
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Wlu tak kenal, tapi penah la iols cemuh tajuk "abang sado jemur kain" tu years ago

Tapi bagua rajin dan ada byk sumber kerja lain kat kampung. Drpd retis yg mengadu takde duit sbb lakonan/nyanyian je satu2nya punca pendapatan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.135354 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list