|
Pasangan selebriti popular Indonesia, Ashanty dan suaminya, penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah menerima kritikan netizen gara-gara terlalu terbuka berkongsikan rutin kekerapan melakukan hubungan seks kepada umum.
Pendedahan itu dibuat Ashanty menerusi sebuah video yang dikongsikan di saluran YouTube milik keluarga ini, The Hermansyah A6 baru-baru ini apabila pasangan itu ditanya peminat mengenai hal kelamin mereka. “Mahu tanya lebih intim ya bun (Ashanty) seminggu berapa kali pipi (Anang) minta gituan (seks),” tanya seorang peminat mereka. Ashanty atau nama sebenarnya, Ashanty Siddik Hasnoputro, 39, sambil tertawa menjawab, “Setiap hari.”
Malah, penyanyi itu turut memberikan jawapan yang lebih jelas di mana paling minimum mereka akan mengadakan hubungan seks sebanyak tiga kali dalam seminggu. Walaupun merupakan pasangan suami isteri yang sah, namun rata-rata netizen di negara itu tidak bersetuju dengan keterbukaan mereka mengenai perihal seks.
|

prince_marhaen: Benda sedap...nak malu apa. Du ...
prince_marhaen replied at 27-7-2022 11:10 AM
Benda sedap...nak malu apa. Dua-dua pun kalau masih bernafsu & mampu...why not?...daripada kau malu- ...
kalau brad pitt dan angie bg stetmen, bole la tumpang syok sekali 

Suchi replied at 28-7-2022 08:52 PM
Mcm dejavu rasa dulu pun dgn ex binik dia mmg meminta eberidei juga kan?
Ke iols salah orang.

ezacbee replied at 27-7-2022 04:24 PM
Teringat scene dalam kereta...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.225768 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.