Seorang bayi perempuan berusia 9 bulan maut selepas ditinggalkan sendirian di bilik mandi selama tujuh minit tanpa pengawasan oleh ibu bapanya.
Mirror UK melaporkan, insiden yang berlaku pada 2 April 2021 itu dipercayai berpunca daripada kecuaian si bapa, Daniel James Gallaghe yang meninggalkan anaknya, Leah Jayde berusia 9 bulan di dalam tab mandi dengan ketinggian air 10 hingga 12 sentimeter. Difahamkan pili air juga masih terbuka ketika itu. Daniel James Gallaghe mengaku dia telah keluar beberapa minit untuk menguruskan masalah bekalan elektrik di rumahnya di Queensland, Australia.
Dia kemudiannya merokok sambil melayari aplikasi Facebook. Bagaimanapun selepas dia kembali semula ke bilik mandi, anak perempuannya itu sudah terampung di dalam tab mandi. Dia yang panik melihat keadaan itu segera menghubungi panggilan kecemasan dan sementara menunggu, dia juga sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada anaknya. Ibu mangsa, Shaylan Gallagher yang sudah bercerai dengan Daniel pada 2020, segera datang ke rumah bekas suaminya selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu. Menurut sumber, Leah dikejarkan ke Hospital Hervey Bay, namun doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia. Menurut Shaylan Gallagher, sebelum ini juga dia pernah beberapa kali melihat anak perempuannya itu sendirian di dalam bilik mandi tanpa pengawasan sementara bekas suaminya keluar menghisap rokok. Susulan daripada kecuaiannya itu, Daniel dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun. -CARI |
jazaa100 replied at 26-7-2022 12:13 PM
Nasib baik kat obersea....
Klu kat msia, aku le yg 1st carutkn bapak taguna tu
dua_chzy replied at 26-7-2022 12:23 PM
Terus 5 tahun penjara.
Semoga tanahair implement akta dan hukuman sama untuk kes cuai lalai bodoh. ...
ADVERTISEMENT