CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1666|Reply: 16

Bapa Keluar Pergi Merokok Dan Layan FB, Anak 9 Bulan Mati Dalam Tab Mandi

[Copy link]
Post time 26-7-2022 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Seorang bayi perempuan berusia 9 bulan maut selepas ditinggalkan sendirian di bilik mandi selama tujuh minit tanpa pengawasan oleh ibu bapanya.


Mirror UK melaporkan, insiden yang berlaku pada 2 April 2021 itu dipercayai berpunca daripada kecuaian si bapa, Daniel James Gallaghe yang meninggalkan anaknya, Leah Jayde berusia 9 bulan di dalam tab mandi dengan ketinggian air 10 hingga 12 sentimeter.


Difahamkan pili air juga masih terbuka ketika itu.


Foto: Mirror




Daniel James Gallaghe mengaku dia telah keluar beberapa minit untuk menguruskan masalah bekalan elektrik di rumahnya di Queensland, Australia.


Dia kemudiannya merokok sambil melayari aplikasi Facebook.


Bagaimanapun selepas dia kembali semula ke bilik mandi, anak perempuannya itu sudah terampung di dalam tab mandi.


Dia yang panik melihat keadaan itu segera menghubungi panggilan kecemasan dan sementara menunggu, dia juga sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada anaknya.


Ibu mangsa, Shaylan Gallagher yang sudah bercerai dengan Daniel pada 2020, segera datang ke rumah bekas suaminya selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.


Menurut sumber, Leah dikejarkan ke Hospital Hervey Bay, namun doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.


Menurut Shaylan Gallagher, sebelum ini juga dia pernah beberapa kali melihat anak perempuannya itu sendirian di dalam bilik mandi tanpa pengawasan sementara bekas suaminya keluar menghisap rokok.


Susulan daripada kecuaiannya itu, Daniel dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 12:12 PM | Show all posts
bodoh dimana2…
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik kat obersea....
Klu kat msia, aku le yg 1st carutkn bapak taguna tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-7-2022 12:13 PM
Nasib baik kat obersea....
Klu kat msia, aku le yg 1st carutkn bapak taguna tu

Kat malaysia tak mungkin berlaku kejadian ini kerana lelaki sini dlm byk2 keje umah depa cuma amik part merokok tu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 12:18 PM | Show all posts
kalau tak nak bela bagi la bini bela.....ni berebut nak jaga.. tp abaikan....
tak tau la nak kata apaaaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh tahap pling tinggi kot bapak bdk ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus 5 tahun penjara.

Semoga tanahair implement akta dan hukuman sama untuk kes cuai lalai bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
9bln ditinggalkan mandi sorg2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 12:28 PM | Show all posts
terus kena 5 tahun..sebab cuai..cash!!!
klu kat sini..anak mati akibat cuai..buat karangan mendayu2 kat socmed..ratib anak syurga bagai..terus netizen bangang berduyun2 simpati bercucuran ayaq mata
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:33 PM | Show all posts
PPRT di tanah air tak ada bath tub pun lemas tertonggeng dalam baldi.

Beat that!

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:36 PM | Show all posts
kesian anak dpt pak bodo camni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa call panggilan kecemasan? Pegi la up status dekat fb, mintak tolong dengan fb. X phm aku ape yg syok sgt layan fb smpai anak lemas dlm bilik air
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak 9 Bulan apsal nak mandikan lama2?..sabun lebih kurang bilas lapkan pakai baju dah lepas tu layanla FB sampai lebam...bapak bodo
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 01:54 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 26-7-2022 12:23 PM
Terus 5 tahun penjara.

Semoga tanahair implement akta dan hukuman sama untuk kes cuai lalai bodoh. ...

Bagus cepat terima hukuman. Klo kat sini lambat sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 04:43 PM | Show all posts
mungkin dah 10 kali biarkan mandi sorang budak tu ok je
kali ke 11 jadi lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mdhelmi replied at 26-7-2022 04:43 PM
mungkin dah 10 kali biarkan mandi sorang budak tu ok je
kali ke 11 jadi lain

Huhuhu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2024 09:37 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.046905 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list