CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Boleh Pergi Jauh, Jauh Dari Mikrofon,"-Casablanca Jadi Fenomena, Suara Nuha Bahrin Dan Naufal Dikutuk Teruk Menyanyi Live

18-7-2022 01:55 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 12763| Komen: 94|Original author: Saiful

Lagu Casablanca memang tengah trending sekarang ini, buka sahaja media sosial lagu ini sahaja yang dijadikan pilihan.

Baru-baru ini penyanyi lagu tersebut, Nuha Bahrin dan Naufal dijemput ke rancangan MeleTop dan menyanyi secara live.


Foto: IG

Aduhai lain pula jadinya bila suda mereka dikutuk menyanyi Live.

Teruk sungguh dan jauh berbeza daripada rakaman asal, komen netizen.



"Boleh pergi jauh ni, jauh dari mikrofon," komen mereka.

Tak melatah Nuha ulas tentang kecaman yang diterimanya.


"Program MeleTop baru-baru ini adalah persembahan secara langsung pertama kami untuk lagu Casablanca. Bagi saya, komen-komen yang saya dapat, positif atau negatif, saya ambil semua positif. Saya ambil perhatian pada komen membina.

"Banyak lagi sebenarnya saya kena belajar dalam bidang nyanyian. Banyak perkara lagi saya kena kawal. Saya minta maaf kepada mana-mana yang kecewa dengan persembahan itu. Saya faham, tapi setiap hari saya cuba untuk majukan diri, tambah baik dan bekerja keras untuk diri," katanya kepada Harian Metro.


Nuha pernah tular hingga mendapat kecaman teruk apabila muncul pada program Vokal Mania (2020) ketika menyanyikan lagu Kekasih Awal Dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah.

Sementara itu Nuha bersyukur Casablanca mencipta fenomena bukan sahaja dalam negara tapi juga di Indonesia apabila  menjadi  lagu pertama tempatan  yang  paling  tular  dengan  menduduki  tangga  teratas carta Spotify  Viral  50 Global dan Spotify  Viral  50  Indonesia.


"Perasaan  saya sangat  terkejut sebab  tak  jangka  lagu  Casablanca sudah  sampai ke tahap ini, dan  dalam  masa  sama saya teruja  dengan  projek  yang  akan  datang.  Pendek  kata, terkejut, teruja dan sangat gembira.

"Apa yang kami dapat sekarang dan sokongan yang diperoleh bukan saja daripada peminat tanah air tapi juga dari Indonesia dan Brunei yang kami tidak menjangkakan sama sekali. Saya amat bersyukur dengan sokongan berterusan daripada peminat." -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 18-7-2022 02:41 PM
Dah agak dah...bila nyanyi live memang akan ke planet pluto... Huhu!
Quote mamajawie 18-7-2022 02:43 PM
dia ni bukan yg nyanyi lagu tokmal cam ponen kena rasuk tu ke?
Quote ..maksu 18-7-2022 02:48 PM
ko selamanya nyanyi auto tune je la nak macam artis-artis setaraf dengan kau kak nab tok bida tok lep dan artis antarabangsa - nur sajat. sumbang dari kau nyanyi lagu tok mal dulu ingtkan dah improve.
Quote anilanil 18-7-2022 02:48 PM
Nuha ni bole berlakon jadi adik beradik dgn amylea af.
Quote uori 18-7-2022 02:48 PM
pompuan tu muka macam pelakon budak laki yang selalu muncul astro dulukala, apentah namanya
Quote princessmiang 18-7-2022 02:56 PM
uori replied at 18-7-2022 02:48 PM
pompuan tu muka macam pelakon budak laki yang selalu muncul astro dulukala, apentah namanya

Yang annoying suara hi pitch tu kannn...sape tahhh batch2 mia sara kannn
Quote princessmiang 18-7-2022 02:57 PM
Bila viral kat tiktok pastu femes tp bila live mcm cilaka
Quote uori 18-7-2022 03:01 PM
princessmiang replied at 18-7-2022 02:56 PM
Yang annoying suara hi pitch tu kannn...sape tahhh batch2 mia sara kannn

ha betul, dialah tu. sama kan

haritu tengok dorang kat tv3 kot sesambil sapu sampah, bingit jugak suara budak ni, bila nyanyi macam tercekik sudu
Quote virgo19 18-7-2022 03:09 PM
Kalau tak pandai menyanyi kenapa gigih jugak nak jadi penyanyi? Gila glemer nak jadi retis ke?
Quote mizruncing 18-7-2022 03:18 PM
best lagu dia ala2 arabic sikit. tp live cenggini hurmm moga tak masuk final ajl laa
Quote Nnasda53 18-7-2022 03:24 PM
Memang dah agak budak pompuan ni bukan boleh nyanyi live.
Masa dalam program apa dia nyanyi hauk sungguh la.
Dah macam tercekik air liur tak lepas nak lalu dekat anak tekak
Quote hanihan16 18-7-2022 03:31 PM
ya Allah.. mati2 i ingatkan diorang nyanyi balik lagu casablanca by bertie higgins. tuanya i
Quote supernaturalee 18-7-2022 03:39 PM
hensemnya naufal
manis btl muka



iol dgr oke je dorg nyanyi
sape kompos lagu ni
die sndiri ke
Quote supernaturalee 18-7-2022 03:47 PM
hanihan16 replied at 18-7-2022 03:31 PM
ya Allah.. mati2 i ingatkan diorang nyanyi balik lagu casablanca by bertie higgins. tuanya i

yg iols plk duk perasan jgk kt youtube nmpk nuha ni dgn tajuk casablanca bnyk hari dah
igtkn sheols cover lagu casablanca yg tu  


[youtube]Blx9lHMivQs[/youtube]
Quote bulalof 18-7-2022 03:50 PM
tak ready atau tak berbakat?

kalau tak ready, kenapa keluar skrg? kalau tak berbakat kenapa x belaar dulu sampai digilap bakatnya, jika ada?

menang gaya saja lah budak2 millenials ni....
Quote shiraloveyou 18-7-2022 03:54 PM
First time iols dengar lagu ni kat suria terus iols rasa lagu ni sedap...bila shazam lagu ni baru tau penyanyinya nuha yg pernah perform over sgt kt atas stage...
Quote princessmiang 18-7-2022 04:23 PM
uori replied at 18-7-2022 03:01 PM
ha betul, dialah tu. sama kan

haritu tengok dorang kat tv3 kot sesambil sapu sampah, bingit ...

Suara pompuan ni mmg bingit...dia la dulu yg nyanyi lagu jamal terjerit2 tak tentu hala ketahuan tu... menjerit melolong mcm nampak hantu makcik karipap kat tingkap asrama
Quote alesandra 18-7-2022 04:29 PM
mana video hazab live tu?
Quote red_velvet 18-7-2022 04:31 PM
Naufal manis sangat muka ko dek. ..., bekas budak tahfiz kn dia ni.. mehla jadi anak ikan akak

Nuha ni memang over confident, nyanyi hauk pun takpe janji masuk tv kan dek...

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.073051 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top