Lagu Casablanca memang tengah trending sekarang ini, buka sahaja media sosial lagu ini sahaja yang dijadikan pilihan.
Baru-baru ini penyanyi lagu tersebut, Nuha Bahrin dan Naufal dijemput ke rancangan MeleTop dan menyanyi secara live.
Foto: IG
Aduhai lain pula jadinya bila suda mereka dikutuk menyanyi Live.
Teruk sungguh dan jauh berbeza daripada rakaman asal, komen netizen.
"Boleh pergi jauh ni, jauh dari mikrofon," komen mereka.
Tak melatah Nuha ulas tentang kecaman yang diterimanya.
"rogram MeleTop baru-baru ini adalah persembahan secara langsung pertama kami untuk lagu Casablanca. Bagi saya, komen-komen yang saya dapat, positif atau negatif, saya ambil semua positif. Saya ambil perhatian pada komen membina.
"Banyak lagi sebenarnya saya kena belajar dalam bidang nyanyian. Banyak perkara lagi saya kena kawal. Saya minta maaf kepada mana-mana yang kecewa dengan persembahan itu. Saya faham, tapi setiap hari saya cuba untuk majukan diri, tambah baik dan bekerja keras untuk diri," katanya kepada Harian Metro.
Nuha pernah tular hingga mendapat kecaman teruk apabila muncul pada program Vokal Mania (2020) ketika menyanyikan lagu Kekasih Awal Dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah.
Sementara itu Nuha bersyukur Casablanca mencipta fenomena bukan sahaja dalam negara tapi juga di Indonesia apabila menjadi lagu pertama tempatan yang paling tular dengan menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia.
"erasaan saya sangat terkejut sebab tak jangka lagu Casablanca sudah sampai ke tahap ini, dan dalam masa sama saya teruja dengan projek yang akan datang. Pendek kata, terkejut, teruja dan sangat gembira.
"Apa yang kami dapat sekarang dan sokongan yang diperoleh bukan saja daripada peminat tanah air tapi juga dari Indonesia dan Brunei yang kami tidak menjangkakan sama sekali. Saya amat bersyukur dengan sokongan berterusan daripada peminat." -CARI
ko selamanya nyanyi auto tune je la nak macam artis-artis setaraf dengan kau kak nab tok bida tok lep dan artis antarabangsa - nur sajat. sumbang dari kau nyanyi lagu tok mal dulu ingtkan dah improve.
Memang dah agak budak pompuan ni bukan boleh nyanyi live.
Masa dalam program apa dia nyanyi hauk sungguh la.
Dah macam tercekik air liur tak lepas nak lalu dekat anak tekak
Post time 18-7-2022 03:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
First time iols dengar lagu ni kat suria terus iols rasa lagu ni sedap...bila shazam lagu ni baru tau penyanyinya nuha yg pernah perform over sgt kt atas stage...
Post time 18-7-2022 04:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
uori replied at 18-7-2022 03:01 PM
ha betul, dialah tu. sama kan
haritu tengok dorang kat tv3 kot sesambil sapu sampah, bingit ...
Suara pompuan ni mmg bingit...dia la dulu yg nyanyi lagu jamal terjerit2 tak tentu hala ketahuan tu... menjerit melolong mcm nampak hantu makcik karipap kat tingkap asrama