CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hasil Sumbangan Ramai, Pasangan Kekasih Hina Islam Berjaya Kumpul RM40 Ribu Bayar Duit Ikat Jamin

18-7-2022 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4149| Komen: 28

Kira-kira RM40,000 telah dikumpul untuk wanita yang didakwa menghina Islam semasa persembahan di kelab komedi dan pasangannya, hasil kutipan sumbangan anjuran kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL).


Ketika memberitahu FMT, peguam wanita itu R Sivaraj berkata sumbangan telah mencecah RM40,000 setakat pagi tadi dan mana-mana sumbangan tambahan yang dihulurkan selepas ini dipulangkan semula kepada penderma.

“Kedua-dua penjamin mereka akan pergi ke mahkamah Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sekitar jam 11 pagi,” katanya.


Foto: FMT

Tambahnya, beliau tidak pasti sama ada Siti Nuramira Abdullah dan Alexander Navin Vijayachandran boleh membayar ikat jamin selewat-lewatnya hari ini.


“Jika kita melepasi jam tertentu, kakitangan mahkamah akan meminta kita datang semula esok untuk menjamin mereka kerana masalah pengangkutan, memandangkan mereka dari Beranang dan Kuala Kubu Bharu (penjara).”

Sivaraj berterima kasih kepada orang ramai yang menyumbang untuk membantu pasangan itu membayar ikat jamin ketika berdepan tuduhan di mahkamah.

Pada Jumaat, Sivaraj mengumumkan bahawa kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) akan membantu Siti Nuramira dan pasangannya, Alexander Navin Vijayachandran, untuk mengumpul dana diperlukan bagi menjamin mereka melalui sumbangan orang ramai menggunakan akaun bank LFL.

Pada Rabu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat Islam semasa persembahannya di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail, pada 4 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan turut memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulas mengenai kes berkenaan.

Pada hari yang sama, Navin, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Bagi pertuduhan pertama, Navin didakwa berkongsi hantaran di akaun Instagramnya pada 5 Jun dengan niat untuk menghina orang lain. Pertuduhan kedua, dia didakwa berkongsi kandungan melalui akaun YouTubenya pada 16 Jun dengan niat untuk menghina orang lain.

Hakim Mahkamah Sesyen Azrul Darus membenarkan Navin diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Sept untuk sebutan semula kes. -CARI

Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 18-7-2022 12:37 PM
mmg seronok menentang agama ni kan puak2 liberal. so good luck la dgn program swinger korang. bulan september sempat tu lari p Aussie.
Quote babelina 18-7-2022 12:52 PM
moga ko sempat bertaubat siti, sebelum Allah membalas atas dosa ko tu,.
Quote chikumanis 18-7-2022 12:56 PM
tahniah penderma..semoga korang kena virus yg tiada ubatnya..
Quote Buritan 18-7-2022 01:05 PM
fealefea replied at 18-7-2022 12:37 PM
mmg seronok menentang agama ni kan puak2 liberal. so good luck la dgn program swinger korang. bulan  ...

Thniah laa ade jgk liberal yg nolong.. 40k tuu.. buang duit sggh bg pd malaun ni.. lopes ni bideo ape plk
Quote Cpkay 18-7-2022 01:25 PM
mmg dah agak akan ada puak puak yang menyumbang derma keatas diorang ni..
puak puak liberal khususnya
Quote elzy 18-7-2022 01:27 PM
Okay laa akhirnya berjaya dapat dana ikat jamin.. Lepas ni hina agama lagi.. Lepas tu merayu dana.. dapat dana -> keluar penjara.. ulang-ulang sampai mampos..

Just bear in mind, bila mati nanti andai x sempat bertaubat, umat Islam x boleh kafankan dia dengan cara Islam sebab murtad already..
Quote shida81 18-7-2022 01:54 PM
Jap lagi ada yg berkicap jua... Ak rase ada yg me nunggu dorang keluar nih
Quote akusukaq 18-7-2022 02:01 PM
Yeah betul ramalan aku, tepat sekali.dua hari tabung derma ini akan penuh.... ramai yg sokong bila Melayu dan Islam  di hina dipentas terbuka....satu kebanggaan utk puak  urban liberal, lgbt dan cacai dap. Boleh buat lagi
Quote felinecat 18-7-2022 02:03 PM
gomen ni pon, dh tau senang buat duit, apesal x up denda, jadi 500k 1 kepala, baru makan ni..20k tu mcm ape je
Quote Buritan 18-7-2022 02:03 PM
Cpkay replied at 18-7-2022 01:25 PM
mmg dah agak akan ada puak puak yang menyumbang derma keatas diorang ni..
puak puak liberal khususn ...

Salah seko yg derma mesti adelin shauki harees spende...siti kusim.
Quote tomiko_haza 18-7-2022 02:34 PM
tadi ada baca katanya bkn org malaysia je yg derma...tapi kan dalam hal mcmni jab agama tk buat apa2 ke? andai kata diorng tak salah nnt ..so lepas je ke? yg islam tu la, bukan islam tu tk kesah la dh mmg bkn islam.
Quote mizruncing 18-7-2022 02:39 PM
eeiiiii nak je aku mencarut. okay pas ni jadi bala teruk kt kl tu korang sdri la pikir apa puncanyaa
Quote Tembikaigoreng 18-7-2022 02:41 PM
tomiko_haza: tadi ada baca katanya bkn org  ...


Dajjal manalah derma tu yee...haktui betul
Quote ally9970 18-7-2022 03:06 PM
So faham2 jerlah, lepas ni sesiapa yg hina Islam, AlQuran, Melayu ke tak perlu risau kalau nak duit jaminan, ramai kat luar sana yg sokong dan rela menderma duit utk pastikan kamu2 tidak dipenjarakan... Betapa ramainya yg membenci Islam dan Melayu
Quote adeqbun 18-7-2022 03:14 PM
Kes2 gini lg senang nk dptkan dana ye tak...
Kalau btolkan family die ni sbnrnye org alim,aku simpati sgt..mesti malu dan sedih x terkira
Quote Azhargoth 18-7-2022 04:33 PM
Laju ja depa...Memang celaka puak2 yang crowd fund ni untuk manusia celaka..dem
Quote bunnyj3lly 18-7-2022 04:48 PM
Zaman globalisasi ni, memang senang nk dapat crowdfunding even dari overseas. Not surprised pun. Tapi itulah, hopefully, passport diorg tu dipegang sampai kes selesai. If diorg lari, means diorg pakai fake passport.. another offence..
Quote pyropura 18-7-2022 05:50 PM
felinecat replied at 18-7-2022 02:03 PM
gomen ni pon, dh tau senang buat duit, apesal x up denda, jadi 500k 1 kepala, baru makan ni..20k tu  ...

Aku dari dulu gesa penghina2 agama dihukum denda yg.tinggi gini, dapat gak sumbangan utk.negara. Masuk jail pakai duit kita semua juga tanggung makan dia bertahun2. Bodo kan.
Quote pyropura 18-7-2022 05:51 PM
Korang dengki ke  dia dapat kompol duit banyak

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.461172 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top