Oleh Fyruz Hanna
Wanita Asia memang tidak lari daripada menggunakan bahan semulajadi untuk mencantikkan diri.Begitu juga dengan penggunaan beras sebagai skrub badan. Mengikut sejarah, wanita Jepun dahulu kala menggunakan air beras untuk mandi dan mencuci muka mereka.
Kehebatan beras ini diakui dari dahulu lagi apabila perubatan silam menggunakan beras sebagai agen penyembuhan.Rekod sejarah juga menunjukkan bahawa beras digunakan oleh wanita Jepun untuk rambut dan penjagaan kulit mereka. Bagi gadis keturunan raja, rambut yang panjang dan mengurai sangatlah diidamkan. Malah selain daripada menjaga dengan rapi, mereka juga dikhabarkan akan mencuci rambut dengan air beras yang dikenali sebagai Yu-Su-Ru.
Selain itu, beras juga dikatakan mampu untuk mencerahkan kulit. Kulit yang cerah dan mulus di Jepun merupakan simbol kekayaan pada zaman dahulu. Mereka akan selalu menyapu serbuk beras untuk mengecat muka mereka agar kelihatan putih.
Jadi, apa salahnya jika kita ambil petua dahulu kala ini dengan melakukan skrub badan. Caranya amat mudah.
Bahan-Bahan 1. Beras 2. 1 biji lemon 3. Pengisar
Langkah 1. Kisarkan beras menggunakan pengisar. Jika mahu tradisional, boleh juga ditumbuk. 2. Kisar jangan sampai halus. Agak-Agak semua sudah terkisar bolehkan diletakkan didalam bekas. 3. Potong lemon dan perahkan ke dalam beras yang dikisar tadi. 4. Mulakan skrub badan anda. -CARI Infonet.
|
29
Bagus |
18
Marah |
12
Terkejut |
20
Sedih |
29
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mayaBB replied at 11-8-2015 01:58 PM
tak suka michelle phan ni sejak die kawan ng pompuan kaki bedah pelastik tu.. dulu die terkenal sebb ...
cammie1711 replied at 11-8-2015 03:37 PM
berkesan dari segi apa uolss??
badan lebih cerah ka?
ADVERTISEMENT