Pelakon Raja Ilya yang selamat melahirkan bayi perempuan, Talita Love di sebuah pusat perubatan di Australia pada Jumaat menggambarkan ia bagai satu keajaiban.
Ilya, 37, turut memberitahu dia bagaikan tidak percaya dirinya kini sudah bergelar ibu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. "Syukur bayi perempuan kami selamat dilahirkan. Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love. “Saya menangis menyambut kelahiran anak kami. Masih rasa terkejut bergelar ibu. “Tidak sabar rasanya hendak balik Malaysia bersama bayi kami tahun hadapan,” ujarnya. Dalam masa sama, Ilya turut membuka akaun Instagram untuk anaknya itu dengan nama akaun @talitalovegarrett. Sumber: mStar
|
dudaberhias replied at 2-7-2022 06:19 PM
tahniah... pinkish2 babynya... cumanya harap2 surut la bengkak muka si acik ramilah... dah macam IT ...
jepp replied at 2-7-2022 10:07 PM
dulu2 kan
kalau buka double benang kena tegur kan..
ADVERTISEMENT