CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

'Mati Susah, Hidup Pun Susah' - Harga Barang Naik, Kos Mati Perlu RM5,000

2-7-2022 02:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 679| Komen: 6

Description: Satu siaran akhbar sebelum ini mendapat perhatian apabila menyatakan kos pengebumian memerlukan sekitar RM5,000 ekoran harga barang naik.
Satu siaran akhbar sebelum ini mendapat perhatian apabila menyatakan kos pengebumian memerlukan sekitar RM5,000 ekoran harga barang naik.

Menurut Kosmo, umat Islam yang tidak menyertai khairat kematian perlu menyediakan antara RM2,000 hingga RM5,000 sebagai kos untuk menyempurnakan majlis pengebumian yang semakin meningkat ketika ini.


Kredit foto: IG Fedtri

Wang itu termasuk digunakan bagi perbelanjaan majlis tahlil tiga malam berturut-turut, tempahan makanan dan pembelian batu nisan selain menampung van jenazah, kelengkapan kapan dan lain-lain.

Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara terkenal, Fedtri Yahya yang berkongsi keratan akhbar mengenai kos bagi menampung perbelanjaan kepada si mati di Instagram.


Tulisnya, Islam merupakan agama yang berjemaah. Maka, semua umat Islam perlu memainkan peranan demi kemaslahatan ummah.



Rata-rata pengikutnya juga meluahkan rasa terkejut mereka di ruang komen.

Justeru, segelintir daripadanya menyarankan orang ramai yang masih belum menyertai khairat supaya berbuat demikian.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnoor2 2-7-2022 02:25 PM
Samsul yusof jugak x yah pening harga barang naik sb yg mengeluh ni ramai2 collect duit bg dia 23juta...
Quote dua_chzy 2-7-2022 02:27 PM
Dah semua benda perlu duit. Memang la. Apa ko ingat kos urus mayat ko tu free?
Quote Adrif 2-7-2022 03:06 PM
masjid kami, khairat kematian satu kepala setahun, RM80 ja
Quote Nurul8001 2-7-2022 03:49 PM
Nasib baik saya Muslim. 5K tu ok lagi pada saya. insyaAllah takde masalah. Kalau agama lain lagi berganda2 mahal. Keranda pun ada jenis2 katanya.

Kalau kita ada masuk khairat, rasanya tak mahal sangat.
Quote SonicSiLandak 2-7-2022 05:52 PM
bangsa etis ni sibuk sngt mati nak tanam dalam tanah

bakar je la kat pusat krematorium

sibuk je nak tanam dalam tanah

takde bukti saintifik pun kata manusia mati kena tanam dalam tanah

bangsa etis tak sayang sains lagi dah ke??

bab2 bagi hormon kat kanak2 suruh tukar jantina ikut sains pulak

prfffffffffffffffffffffght

Quote Tembikaigoreng 3-7-2022 07:56 PM
Memang betul, tu belum kira susahnya nak cari tanah perkuburan. Ada sesetengah perkampungan xnak benarkan org islam lain dikuburkan kat kampung tu sbb xpernah nmpk ke masjidlah....tanah tu untuk imam dorang lah apalah.... Ingat bapak dia punya tanah perkuburan kot... 4 tahun lepas pun kos nya dah 3k xsilap.... Apa lah nasib Kita lepas mati....

Lihat semua komen(6)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.965438 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top